SIRI X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II  (12T)

SIRI X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II (12T)

  • Brands: Kadokawa
  • Product Code: BS00273
  • Availability: In Stock
  • RM0.00

Buku 1: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J01: JURA PURBA KEMBALI

ISBN:  9789673854851

Pasukan X-VENTURE kembali ke Zaman Jura demi menyelamatkan Dr. Da Vinci yang terperangkap. Gabungan "pasukan dinosaur" dan "pasukan haiwan" hanya menambah kerumitan. Oleh kerana tiada kerjasama dan persefahaman, Louis dan Taz ditangkap dua ekor dinosaur Yangchuanosaurus. Ini membuatkan ahli pasukan di dalam dilema sama ada ingin menyelamatkan Louis dan Taz atau Dr. Da Vinci dahulu. 

Buku 2: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J02: KEMUNCULAN PRIMAT

ISBN:  9789673855056

Kita akan teruskan tidak kira apa pun!
Misi menyelamatkan Dr.Da Vinci hanya sia-sia kerana  petunjuk. Namun Taz, Louis, Jake dan rakan-rakan masih terbayang-bayang saat kehilangan sahabat mereka. Kwame, Remy, Shah dan Jumbo bersama Pasukan X-Guard memulakan perjalanan ke satu era manusia terawal.

Buku 3: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J03: BALA TENTERA PEPIJAT

ISBN:  9789673855445

Profesor Jet tidak membenarkan sesiapa  pun menyentuh Partikel Stabilizer. Dr Charles dalam diam menyiasat rahsia yang disembunyikan Profesor Jet. Shah bertembung serangga paling dahsyat di Zaman Permian yang didominasi oleh reptilia dan serangga. Adakah kali ini Remy dan rakan-rakannya dapat menyelamatan Dr. Da Vincci? Apakah tujuan Profesor Jet menyertai misi kali inin bersama-sama Pasukan X-VENTURE?

Buku 4: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J04: HELAH HALIMUNAN

ISBN: 9789673855803

Kini Pasukan X-Guard merampas kuasa dan ingin membuktikan pada Pasukan X-VENTURE mereka lebih bagus tetapi berlaku sebaliknya! X-Guard diburu pemangsa halimunan dan Pasukan X-VENTURE menyelamatkan mereka. Misi kali ini dibantu ayah Jumbo dan mesin masa pertama Dr.Da Vinci. Dapatkan Pasukan X-VENTURE menghadapi semua perkara yang berlaku serentak?

Buku 5: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J05: LENYAP TANPA JEJAK

ISBN:9789673856152

Remy, Shah dan Jumbo bersama dinosaur lain diuji dengan letusan gunung berapi dan memulakan migrasi besar-besaran. Mereka dikelilingi dinosaur yang belum ditemui dan bertembung pula dengan makhluk besar! Pasukan X-VENTURE lain berusaha menentang Pasukan X-Guard dan tertanya-tanya sebabnya Infinitech Co. berminat dengan data mereka. Kesulitan muncul dari segenap penjuru dan menekan Pasukan X-VENTURE! Sunggup hebat cabaran mereka kali ini.

Buku 6: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J06: GENTAR RIMBA

ISBN: 9789673856558

Pasukan X_VENTURE muncul di Zaman Karbon dengan semangat tinggi. Namun di pertengahan jalan Remy, Shah dan Jumbo merasakan perubahan pada diri kerana didominasi parasit purba yang juga menguji persahabatan mereka. Sementara itu, Jake dan Louis bertemu Taz yang selama ini menghilangkan diri. Bagaimanakah perjalanan wira cilik ini seterusnya?

Buku 7: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J07: SENGKETA RUNTUHAN RAHSIA

ISBN: 9789673856893

Remy, Shah dan Jumbo sekali lagi berada di zaman yang sangat mencabar. Mereka terjumpa sesuatu yang tidak disangka! Terdapat batu kuasa besar di kompleks monumen yang mencurigakan. Walaupun Dr.Da Vinci berjaya dijejaki tetapi tetamu tidak diundang pula muncul. Siapakah yang membina kompleks ini dan apa tujuannya? Apakah maksud di sebaik semua ini? Adakah manusia prasejarah tahu mengenai rahsia batu kuasa ini? Siapakah yang menentukan nasib masa hadapan?

Buku 8: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J08: LESAP MELUNCUR MASA

ISBN: 9789673857340

Pasukan X-VENTURE bakal menempuh cabaran lebih hebat selepas meloloskan diri daripada Pasukan X-Guard. Kesan letupan yang dahsyat membawa mereka ke Zaman Jura. Remy, Shah dan Jumbo mengalami situasi yang mengelirukan. Penerokaan merentasi dimensi masa semakin celaru. Tidak pasti di zaman moden atau zaman lain sekarang atau selepas ini. Apa yang sedang berlaku? Teruskan membaca untuk meleraikan kekeliruan ini.

Buku 9: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J09: KONSPIRASI MUTAN HIBRID

ISBN: 9789673857760

Tidak disangka Pasukan X-Guard menjadi tikus eksperimen Profesor Jet! Rupa-rupanya uji kaji ini menjadikan mereka semakin ganas. Remy, Shah dan Jumbo nekad membantu pasukan yang pernah menjadi musuh merek. Bolehkah musuh menjadi sahabat? Mampukah Pasukan X-Venture menggagalkan konspirasi jahat Profesor Jet dan adakah nasib manusia akan berakhir?

Buku 10: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J10: KONFLIK DUA EPOK  

ISBN: 9789673858316

Planet Bumi menghadapi kekeliruan dan menyebabkan zaman prasejarah bercelaru. Pasukan X-VENTURE menggalas tanggungjawab besar untuk meleraikan segalanya. Mereka perlu menyelamatkan manusia daripada dinosaur. Adakah keajaiban akan berlaku demi masa hadapan? Dua pasukan bergabung untuk berdepan pergolakan yang tidak pernah dilalui, perang dua epok!

Buku 11: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J11: GEMPUR BERABAD

ISBN: 9789673859009

Pencerobohan dinosaur semakin memuncak, meletakkan dunia dalam keadaan bahaya. Sekali lagi Pasukan X-VENTURE berada di barisan hadapan untuk menamatkan konflik besar ini. Wajarkan tindakan Pasukan Global menggunakan senjata biokimia baharu mereka untuk mengawal keadaan? Pasukan X-VENTURE terpaksa berhadapan dengan makhluk ciptaan Profesor Jet. Manakala Dr. Charles nekad mencari mentornya, Dr. Darwin yang hilang.

Buku 12: X-VENTURE DUNIA DINOSAUR II J12: KLIMAKS TERUNGGUL

ISBN: 9789673859764

Akhirnya sengketa Pasukan X-VENTURE dengan budak dinosaur hampir tamat! Wujud satu pakatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini antara manusia dan haiwan demi menghalang penghapusan seluruh makhluk di bumi. Dr. Da Vinci pula giat berusaha mencari jalan untuk mengawal terowong masa. Sementara itu usaha Infinitech Co. melawan dinosaur sesat dengan teknologi canggih menampakkan kejayaan. Malapetaka ini bakal berakhir namun ia menjadi permulaan baharu pada suatu dimensi lain...