SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA (12T)

SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA (12T)

  • Brands: Kadokawa
  • Product Code: BS00276
  • Availability: In Stock
  • RM0.00

BUKU 1 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 01: MUNCULNYA KISAH NAGA

ISBN : 9789674785499

Berlaku seabad yang lalu di mana pertempuran antara tiga sateria dan naga pertama, Kriemhild. Pertempuran akhirnya tamat tetapi telur-telur naga ini telah tersebar meluas. Kubu Naga melindungi semua daripada serangan naga. Tiga pelatih yang gagal ujian diletakkan di bawah tanggungjawab Wizard D'Vinci. Apakah cabaran trio ini dalam dunia naga?


BUKU 2 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 02: SENGSARA SAYAP

ISBN : 9789674786199

Wilayah Silene di Libya telah lenyap dalam satu malam dan Master D'Vinci ditugaskan untuk menyiasat. Remy dan rakannya ragu-ragu dengan motif sebenar Master D'Vinci dan dalam diam mengekori. Penyiasatan mereka membawa sehingga ke gurun gersang tiada penghujung.


BUKU 3 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 03: GENTAR HALILINTAR • VOUIVRE

ISBN : 9789674786885

Remy dan yang lain meneruskan pencarian mencari telur di Gunung Draxian. Di sana mereka mendapati telur di atas mereka dan teserempak dengan pencuri telur naga. Apabila sudah mendapat balik telur yang retak mereka terperangkap pula dengan penindasan cukai oleh Count. Sekali lagi manusia dan naga bertempur dalam kekacauan yang dahsyat.


BUKU 4 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 04: NAGA PELINDUNG • HOYAUKAMUI

ISBN : 9789674787660

Remy dan kawan-kawannya ke suatu pulau untuk misi khas diatur oleh Kubu Naga. Mereka juga berhadapan dengan pesaing baharu dalam misi ini tetapi kemudiannya terjerat dalam pencerobohan pulau. Bolehkah wira-wira ini menyelamatkan penduduk kampung di pulau itu daripada kekejaman penceroboh dan serangan naga?


BUKU 5 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 05: DERUAN MURKA • BAKUNAWA

ISBN : 9789674789602

Pengembaraan trio pemburu naga diteruskan bersama 3 Naga dengan kapal yang dirampas. Rupa-rupanya mereka ditemani penumpang rahsia. Namun belum sempat mangetahui identitinya kapal mereka dipukul ombak ganas tanpa belas kasihan! Apakah tindakan wira-wira ini untuk menghadapi bencana tidak diduga?


BUKU 6 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 06: RINTIHAN TERKURUNG • AZI DAHAKA

ISBN : 9789672315360

Remy merasakan dia terpanggil dengan bisikan di sebalik pintu yang dilarang masuk. Remy bersama Shah dan Jumbo menyiasat ruang gelap kurungan bawah Kubu Naga untuk mencari kebenaran. Mereka mengesyaki ada naga dikurung dan kebenaran yang dicari membuatkan dunia haru-hara. Dapatkah wajah kejahatan sebenar terbongkar?


BUKU 7 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 07: LEGENDA MENGGANAS • PILATUS

ISBN : 9789672315926

Gudwood telah dicuri dan naga mula mengganas di pergunungan Alp. Naga-naga itu telah menyerang semangat pokok, jadi Lambo dan Adou mencari pemburu naga untuk menyelamatkan mereka. Ketika wira-wira pemburu telur naga melarikan diri dari Empayar Nightfold, mereka mencari jalan untuk meredakan keadaan di perkampungan semangat pokok.


BUKU 8 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 08: API KEMUSNAHAN • LINDWORM

ISBN : 9789672341932

Penduduk kampung berhampiran Teluk Tripola dilanda hujan sepanjang tahun tanpa henti. Trio pemburu naga bergabung dengan Yuna menyiasat misteri ini. Ketakutan Master D'Vinci menjadi kenyataan apabila kodeks Naga hilang tanpa jejak. Adakah sudah jatuh ke tangan musuh?


BUKU 9 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 09: PILU NAGA SUMPAHAN • LAIDLY WORM

ISBN : 9789672431008

Remy mengalami kesan sampingan dari serangan mantera ais. Kini bermulalah pencarian penawar untuk menyembuhkan Remy atau nyawanya akan terancam. Sementara itu, Bain meneruskan pencarian Dark Dragon.


BUKU 10 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 10: PENGUTUS NAGA MERAH • FIREDRAKE

ISBN : 9789672431701

Amy dan Yuna telah diculik semasa dalam perjalanan. Rakan-rakan lain bergelut menyelamatkan mereka berdua. Kemudian bertembung pula dengan naga yang selama ini dicari Remy kerana membunuh datuknya. Manakala Bain bersama sekutu jahat dalam perjalanan ke kurungan Kriemhila. Apakah pengakhiran kisah pertemuan Remy dengan naga merah?


BUKU 11 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 11: TUJUH NAGA TERULUNG • HERENSUGE

ISBN : 9789672471233

Ibu naga yang sudah bebas membuatkan sateria menghadapi tugas berat untuk menghalang kehancuran alam. Ancaman baharu dengan kemunculan musuh lama dan kuasa sihir yang mahu membalas dendam. Adakah mereka akan menamatkan riwayat naga terhebat untuk menyelamatkan keadaan? Apakah kebenaran yang bakal terbongkar dengan kemunculan tujuh naga terhebat?


BUKU 12 : SIRI X-VENTURE KRONIKAL NAGA 12: ULAR NAGA PELEPAH · QUETZALCOATL

ISBN : 9789672471783

Kekacauan yang berlaku memberi ancaman kepada kehancuran dunia. Remy dan wira yang lain dalam pencarian ular naga berbulu pelepah untuk mencari kedamaian. Mampukah mengetepikan permusuhan lama demi mengelakkan bencana? Dapatkah mereka membangkitkan kembali dewa yang dihormati sebelum dunia sampai penghujung?