SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II (12T)

SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II (12T)

  • Brands: Kadokawa
  • Product Code: BS00275
  • Availability: In Stock
  • RM0.00

BUKU 1 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 01: SENGATAN MAUT

ISBN : 9789674784935

Serangan besar-besaran !

Kumpulan Jake telah memintas kumpulan Louis dalam kawalan krisis makhluk! Jake, Sheri dan Taz terjerat dalam pertempuran labah-labah manakala Louis, Bean dan Kwame ke China untuk membantu serangan di apiari. Maruah Pasukan X-VENTURE dipertaruhkan dalam pertempuran makhluk berbisa. Apabila makhluk berbisa menyengat... siapa mampu bertahan dengan SENGATAN MAUT ini?


BUKU 2 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 02: TENDANGAN PADU

ISBN : 9789674785611

Pertembungan Kanggaru dan Kasuari? Biar betul?!

Jake dan Louis mengetuai pasukan masing-masing untuk memenuhi perrmintaan Dr. Darwin mencari haiwan dengan tendangan terkuat di Australia! Semasa pencarian kasuari, pasukan Jake diancam penjahat dan mereka cuba melindunginya. Manakala pasukan Louis mendapati kanggaru dalam bahaya. Bagaimanakah mereka berdepan pelbagai kesukaran? Bagaimana pula kedua haiwan ini beradu tenaga?


BUKU 3 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 03: ARUS BINASA

ISBN : 9789674786670

Pertempuran tiada tandingan!

Kumpulan Jake dan Louis diuji dengan krisis yang tidak pernah dialami!

Masalah besar menanti Louis, Yuna dan Bean di Amazon apabila buaya caiman hitam muncul.

Manakala Jake, Taz dan Sheri yang sedang berseronok di pantai Australia tiba-tiba dikejutkan serangan makhluk laut berbisa hingga menimbulkan hura-hara.

Adakah wira-wira kita mampu bertahan dengan situasi kritikal ini?


BUKU 4 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 04: GIGITAN SIAT

ISBN : 9789674787592

Apabila haiwan bergelut siapa mampu menghalang?

Kali ini Dr. Charles dan Diggs keluar sendiri mencari bukti kegagahan biawak komodo dan penyu snapping alligator!  Mereka berpecah kepada dua kumpulan dan bersemuka dengan 'kebangkitan' haiwan liar. Haiwan reptilia mula menunjukkan kebencian kepada manusia... Kini terpulang pada wira-wira kita untuk melawan atau melarkan diri! Bagaimanakah mereka bertahan dengan reptilia yang mengganas ini?


BUKU 5 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 05: IMPAK KEJAM

ISBN : 9789674789718

Keadaan tidak seperti yang disangka!

Kosi menyiasat kematian beberapa kerbau dan badak air di Afrika sebelum dia tiba-tiba hilang! Jake dan yang lain segera mencarinya. Tanpa disangka mereka bertembung suatu keadaan yang kejam. Amukan haiwan memburukkan keadaan menyebabkan mereka terperangkap dalam 'keganasan'. Bolehkah ahli X-VENTURE bertahan dalam krisis ini?


BUKU 6 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 06: LANGIT GELITA

ISBN : 9789672315643

Pembunuh gagak mengintip x-venture?

Dr. Darwin menghantar Pasukan X-VENTURE untuk menyiasat kes sejumlah besar kelawar ditemui mati di Honduras. Sementara itu, 'raja alam haiwan' menghantar kawanan gagak untuk menghapuskan X-VENTURE. Mereka mahu menghalang Dr. Charles pulang! Bolehkah Pasukan X-VENTURE bertahan pada masa akan datang?


BUKU 7 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 07: AKUATIK MANIA

ISBN : 9789672341208

Gigitan ikan manghantui manusia!

Jake mengetuai Pasukan X-VENTURE di Amazon untuk mencari seseorang dalam swafoto ayahnya. Jika mahu hidup mereka perlu bertahan dengan serangga merimaskan, ancaman mamalia dan reptilia serta sungai besar yang deras. Malangnya bot mereka tenggelam dan diserang pirana menggerunkan! Adakah Jake sempat bertemu ayahnya?

Adakah alam haiwan mampu menguasai manusia?


BUKU 8 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 08: ANGKATAN PERANG

ISBN : 9789672341697

Siapa mengetuai dalam kebuntuan?

Selepas kegagalan sebelum ini, raja kerajaan Haiwan masih tidak menyerah dan bertekad manghapuskan bumi! Malangnya Jake, Louis dan Diggs awal-awal lagi sudah tumbang dikalahkan semut peluru. Kini terserah kepada Bean, Yuna, Taz dan Sheri untuk menangani peperangan semut. Adakah mereka berjaya menghindari krisis kerumunan semut ini?


BUKU 9 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 09: PENANGAN HEAVYWEIGHT

ISBN : 9789672431114

Adakah aktiviti pelik di kutub ada kaitan dengan manusia?

Selepas Dr. Darwin menugaskan Jake, Louis dan yang lain menyiasat aktiviti pelik haiwan di kutub utara dan selatan. Haiwan ini didapati berkumpul secara besar-besaran dan kemungkinan besar berkaitan dengan Kerajaan Haiwan! Apa yang bakal ditemui Pasukan X-VENTURE di kutub? Adakah sudah cukup bersedia untuk berdepan pergelutan berskala besar?


BUKU 10 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 10: TAKLUKAN GANAS

ISBN : 9789672431800

Adakah pemburuan haram dan kemusnahan habitat mengancam haiwan?

Jake dan Louis dihantar ke tempat berlainan untuk mengetuai pasukan mencari dua spesies paling kuat di dunia. Namun kerajaan Haiwan telah mencul dengan agenda lain! Semasa pencarian Dr. charles lagi telah muncul tanda-tanda kebangkitan hidupan liar yang bersedia untuk melawan. Pasukan X-VENTURE berjuang memperbaiki keseimbangan dan menyelamatkan dunia. Adakah misi mereka terlaksana?


BUKU 11 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 11: AMUK LAUTAN

ISBN : 9789672471622

Teruskan perjuangan kerajaan haiwan!

Dr. Charles dan Jason Diggs mengetuai Pasukan X-VENTURE ke lokasi tersembunyi di kepulauan Afrika untuk menghentikan rancangan Kerajaan Haiwan. Jake, Louis dan yang lain mendapati mereka terjerumus dalam bahaya maut dengan kerumunan 'kepala tukul'. Masihkah boleh bertahan dengan serangan dari semua arah?


BUKU 12 : SIRI X-VENTURE DUNIA HAIWAN II 12: PENYERANG TARING

ISBN : 9789672926115

Kenalan baharu dan lama bersatu mengelakkan kemusnahan!

Ketika permusuhan terhadap kekejaman manusia hanya untuk mengaburi ketidakadilan. Kerajaan Haiwan mula menghadapi pergolakan dalaman. Rancangan jahat Kerajaan Haiwan untuk menimbulkan huru-hara perlu dikorek. Kini sudah tiba masanya mengetepikan perbezaan fahaman untuk menyelamatkan dunia. Jake, Louis dan yang lain terperangkap di antara pertembungan dua pihak. Bagaimana nasib masa depan dunia?

Penentuan alam!

Bertahan hidup di hutan!

Ketahui semuanya!