SIRI X-VENTURE AKADEMI EXOBOT (13T)

SIRI X-VENTURE AKADEMI EXOBOT (13T)

  • Brands: Kadokawa
  • Product Code: BS00274
  • Availability: In Stock
  • RM0.00

Buku 1: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N01: EXOBOT BERAKSI!

ISBN: 9789674780388

Pertembungan terbesar antara dua epok telah memaksa pembubaran pangkalan bersama Pasukan X-VENTURE. Remy yang kebosanan di dalam kelas tiba-tiba berada di suatu tempat asing. Dia diserang dinosaur di saat masih terpinga-pinga. Remy tiada pilihan selain mengaktifkan Exosuit dan melawan mereka!

Buku 2: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N02: KUASA PERKASA

ISBN: 9789674780975

Pasukan X-VENTURE berjaya memasuki Akademi Exobot tetapi terpaksa bersaing dengan pasukan negara lain yang memperlekehkan mereka. Keputusan ujian kombat Exobot tidak memihak pada Pasukan X-VENTURE kerana Exobot mereka tidak setanding dengan yang lain. Adakan mereka berjaya mengharungi semua ini?

Buku 3: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N03: PETUALANG LAUT

ISBN: 9789674781651

Selepas beberapa siri serangan misteri di kawasan pelantar minyak, Jeneral Huba mengarahkan Akademi Exobot membantu dengan menghantar kadet senior untuk menyiasat. Kadet junior pula dilarang menyertai misi tetapi Pasukan X-VENTURE mengambil langkah sendiri demi membuktikan mereka layak menyertai kadet senior. Menurut saksi, insiden itu sangat mengerikan dan penyerangnya sangat menakutkan. 

Buku 4: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N04: ROBOTIK TERHANDAL

ISBN: 9789674782412

Disebabkan tindakan terhadap kapal Nemesis, kadet junior X-VENTURE digantung. Remy dan pasukannya terpaksa melalui latihan yang ekstrem di mana Matthew, pesaing Remy menanti di sana. Sementara itu, Andrew juruteknik Akademi Exobot yang juga peminat fanatik dinosaur menyimpan rahsia tersembunyi...

Buku 5: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N05: JENTERA MENGGILA

ISBN: 9789674783174

Remy dan ketua juruteknik bergegas menyelamatkan Jumbo setelah menerima isyarat kecemasan. Namun bengkel itu terkunci dan mereka perlu mengharungi bahaya besar! Sementara ahli lain Akademi Exobot cuba menyelamatkan mereka, Remy dan kawan-kawan perlu berusaha untuk terus hidup! Berjayakah mereka melalui saat getir?

Buku 6: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N06: CABARAN BESI HITAM

ISBN: 9789674784126

Cukup! Tahap kesabaran Kapten Morgan sudah sampai kemuncak... Pasukan X-VENTURE diberi kata dua sama ada meninggalkan akademi atau menerima cabaran pertarungan Exobot Heavy. Mereka harus bersatu untuk mengatasi segala halangan!

Buku 7: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N07: ROBOT BANDAR HANTU

ISBN: 9789674784539

Deklarasi perang Arcane Blades mengejutkan semua. Ini masanya memanggil ahli terbaik dari yang terbaik! Kapten Morgan memilih ahli Akademi Exobot terhebat dan Elite 8 mungkin dapat mengubah nasib mereka. Kali pertama Remy, Austin, Matthew dan Pinoco bekerjasama menghadapi insiden tidak dijangka. Adakah semangat juang dapat mengatasi ketakutan mereka demi menyelamatkan keadaan? Adakah mereka benar-benar layak?

Buku 8: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N08: SKUAD BERSAYAP

ISBN: 9789674785413

ADAKAH KASIH SAYANG MAMPU MENGATASI SEMUA HALANGAN?

Perjuangan menyatukan Elite 8 diteruskan! Kali ini Jake, Louis, Shah dan Turing mencari Kim Tae-woo. Kini mereka berdepan dengan musuh di alam semula jadi dan Jade Hornet membuatkan semua usaha berisiko. Apakah dendam Tae-woo sehingga dia menolak sekeras-kerasnya semua berkenaan robot? Pada masa sama Arcane Blades merancang langkah seterusnya!

Buku 9: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N09: STARFORCE 12

ISBN: 9789674786410

PEPERANGAN MELETUS LAGI!

Pendedahan rahsia peribadi membuatkan Shah bingung setelah mengetahui kebenaran yang selama ini disembunyikan ibunya. Siapakah musuh yang mengganggu ahli X-VENTURE kesayangan kita? Walaupun berdepan konflik, misi menyelamatkan sehabat lebih penting. Musuh atau sehabat sukar ditafsirkan... apakah peranan pemain baharu dalam pertarungan mencari yang terbaik? Kehebatan masing-masing terserlah namun siapa lebih berkuasa?

Buku 10: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N10: KRISIS CYBORG

ISBN: 9789674787011

FOKUS MINDA KUNCI KEJAYAAN!

Serangan Arcane Blades membuatkan Exobot bersatu dengan angkatan Jeneral Huba bagi membina pertahanan! Masa yang suntuk memerlukan langkah-langkah terdesak. Arcane Blades muncul dan memberikan saingan sengit. Masa depan dunia semakin terancam! Adakah wira-wira X-VENTURE mampu menghadapi konfrontasi cyborg?

Buku 11: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N11: GERAKAN BELOT

ISBN: 9789674787615

CAIN MESTI DITUMPASKAN!

Pengarah Michio, Timbalan Pengarah Nina Storm dan Dr.Da Vinci sama-sama turun padang ke pangkalan Pakatan Global untuk Kemanusiaan selepas insiden genting. Jeneral Huba menggunakan kebijaksanaan Dr. Da Vinci untuk menyerang balas Arcane Blades. Cain dan anak didiknya pula menjejakkan kaki di pulau yang menyimpan rahsia besar! Masih adakah harapan untuk menghadapi gerakan belot mereka?

Buku 12: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N12: KEMUNCAK KONFLIK

ISBN: 9789674788193

SALAH PERHITUNGAN MEMBAWA MUSIBAH!

Selepas pelbagai halangan dan liku yang dilalui, akhirnya Remy berhadapan dengan ketua Arcane Blades, Cain! Apakah motif Cain untuk membina dunia baharu? Apakah krisis yang bakal dihadapi? Semua persoalan bakal terungkai apabila rancangan Cain untuk mendominasi dunia dicabar!

Buku 13: X-VENTURE AKADEMI EXOBOT N13: EXOBOT ULTRA

ISBN: 9789674788889

Ciri-ciri
- Penerbitan Asal oleh KADOKAWA GEMPAK STAR STARZ!

- Komik Sains, Pendidikan & Menghiburkan

- Komik Info Santai Original & Berwarna

Sesuai untuk
Kanak-kanak umur 10 tahun ke atas