Siri Bacaan Karya Publika (10T)

Siri Bacaan Karya Publika (10T)

  • Product Code: BS00239
  • Availability: In Stock
  • RM0.00

Buku 1: Yang Tersembunyi

ISBN: 9789671724491

Demi untuk mencungkil apa yang terjadi sebenarnya telah membuatkan inspektor Suhara berba;as soal jawab dengan panjang lebar. Semakin Aniza mendedahkan cerita yang sebenar , semakin Inspektor Suhara berasa janggal dan keliru. Memang benar kelebihan yang dimiliki oleh si mati menjadikan Malsarah mangsa. Namun ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kematian gadis itu. Rahsia demi rahsia terbongkar sedikit demi sedikit.

Buku 2: Misteri Taming Sari

ISBN: 9789672394112

Kutelusuri jejak-jejak sejarah mencari Keris Taming Sari, bermula dari kerajaan Majapahit sehingga ke kerajaan Melaka. Kutelusuri Sulatatus Salatin, Sejarah Melayu dan tak lupa Hikayat Hang Tuah sendiri kerana keris ini milik Laksamana Hang Tuah. Kutemui juga Sang Kertaksa, Patih Gajah Mada, Seri Betara Majapahit, Aria Putera di Bukit Pancalusa, Sang Persanta Nala di Gunung Wirana Pura, Syeikh Mansur di Hulu Melaka, Suraprabhawa Raja Majapahit, Patih Kerma Wijaya, baginda Sultan Mahmud Shah dan ramai lagi. Tak kulupakan Tun Mamat kerana beliau pernah bersama Hang Tuah sewaktu meminang Puteri Gunung Ledang, semata-mata untuk mencari jejak-jejak sejarah yang ditinggalkan oleh Keris Taming Sari yang bagiku begitu misteri. Tidak cukup di situ, aku tandangi candi Borobudur di Yokyakarta untuk mempastikan apakah keris pernah wujud di Indonesia. Aku dapati, pada relief di candi Borobudur itu, tepatnya di sudut bawah bahagian tenggara, gambar beberapa perajurit membawa senjata tajam yang menyerupai keris. Begitu juga di candi Prambanan. Di candi Prambanan pula terdapat gambar yang serupa, terutamanya di candi utama yang disebut sebagai candi Shiva. Di candi ini juga terdapat relief monyet yang menghunus sejenis belati mirip keris dan Laksmana sedang bertempur sambil memegang senjata serupa. Jenis senjata tikam di candi Prambanan itu tidak berbeza dengan yang ada di candi Borobudur: kedua-duanya tergolong sebagai jenis 'Keris Buda'. Dilihat bentuknya, keris itu berukuran pendek, gemuk dan agak tebal, mirip dengan senjata tikam yang berkembang di India. Memang tidak syak lagi, Keris Taming Sari memang berasal dari Indonesia, milik Taming Sari yang pernah hidup dalam kerajaan Majapahit suatu ketika dulu. Tetapi keris ini telah dihadiahkan ' kepada Hang Tuah oleh Raja Majapahit Suraprabhawa selepas Hang Tuah berjaya mengalahkan Taming Sari. Setelah banyak jejak sejarah yang tentunya bersimpang-siur yang kutelusuri, akhirnya aku telah berjaya juga merungkai Misteri Keris Taming Sari ini...

Buku 3: Kesatria Melayu

ISBN: 9789672394075

Perjuangan bangsa Melayu tidak akan terpisah soal agama dan juga bangsa itu sendiri. Ya! Pejuang bangsa Melayu itu sendiri sangat berkait rapat dengan soal keagamaan apabila ada pihak ketiga yang cuba masuk campur urusan hal ehwal agamanya. Persoalannya, mengapa penjajah berhempas-pulas untuk mengganggu-gugat hal ehwal agama bangsa Melayu? Kerana itulah kekuatan yang menjadi tunjang utama kepada sesebuah kebangkitan bangsa Melayu. Apabila agamanya bail, dibimbing dengan rapi serta istiqamah dalam amalannya, maka lahirlah pejuang-pejuang bangsa yang bertaraf ulama, wali Allah,pendekar dan pelbagai bidang lgi.

Buku 4: The Lost Of Gold Island

ISBN: 9789672394013

Baginda Sultan kekal di dalam bahtera dan meneruskan pelayaran bersama Nahkoda Laksamana Agung. Bersama denganku, Panglima Hijau untuk menguruskan penyimpanan peti-peti simpanan harta ke sebuah ruangan tersembunyi. Kami sampai di satu pulau yang sangat kecil dan kami perlu menyeberang laut cetek untuk ke pulau tersebut.

Buku 5: Malacca Has Fallen

ISBN: 9789671724460

Sejarah yang diwar-warkan kepada kita sebahagiannya telah diubah malah yang lebih malang lagi apabila sejarah sebenar kita telah disembunyikan maklumatnya. Generasi muda sekarang terpinga-pinga dalam mencari identiti diri kerana tiada satu contoh atau ikutan dari kalangan bangsanya. Sedangkan bangsa kita adalah bangsa yang hebat, bangsa yang pernah menjadi tumpuan dunia. Apakah kekuatan yang menjadi sandaran moyang kita terdahulu sehingga anasir-anasir luar tidak mampu untuk memanipulasi mereka. Mengapakah kita sekarang mudah terhanyut dalam arus sosial yang kian parah? . Benarkah Kesultanan Melayu Melaka tewas dengan Portugis kerana berperang hanya menggunakan tombak dan keris? Penjajah yang datang menjajah dan menjarah tanah air serta minda kita kini bagaikan sudah berjaya menguasai segalanya. Kini, bangsa Melayu dilihat sebagai suatu bangsa yang mundur, malas dan tidak mampu untuk menjad ‘Tuan Tanah’ di tanah airnya sendiri. Segalanya kabur dan terus terkubur harapan moyang kita untuk menjaga keamanan serta kedaulatan tanah ini.

Buku 6: Pendamping Puaka 

ISBN: 9789672394105

Di tempat kerja, Azmi sehingga kini masih lagi meratapi pemergian isteri kesayangannya yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan ngeri. Setiap hari dia tidak bosan menatap wajah Salina pada bingkai gambar di atas mejanya. Hairi yang merupakan rakan sekerja dan sahabat karibnya, pening memikirkan bagaimanakah caranya untuk membantu sahabatnya itu yang didapati semakin lama semakin hanyut dalam dunia lamunannya Malam itu, Azmi terpegun melihat wanita mirip Salina, sedang tersenyum menunggunya di pinggir katil itu. Walaupun dia tahu itu bukanlah isterinya, namun itu tidak menjadi masalah buat dirinya. Biarlah hanya tubuh dan wajahnya sahaja yang betul-betut 'Salina’, Azmi sudah cukup berpuas hati. Biarpun syirik perbuatannya itu, Azmi tidak kisah asalkan dia dapat peluang untuk menikmati saat-saat indah yang hadir hanya sekali seminggu, melepaskan rindu dendamnya pada isteri tercinta. Adakah Azmi akan terus memilih untuk tenggelam dan terpisah dari realiti? Apakah dia mampu untuk melepaskan diri dari genggaman pendamping puaka yang semakin lama semakin hebat membelenggu hidupnya itu? Segalanya akan terjawab dalam novel seram percintaan berpuaka ini.

Buku 7: Rumah Angker

ISBN: 9789672394051

BUAIAN-Rhea

Rumah agam tersergam indah menyimpan satu kisah misteri. Misteri buaian di pokok beringin berhampiran rumah terbabit menjadi buaian. Kelibat gadis remaja kelihatan berayun di buaian itu. Lagu buai laju-laju menyapa ke telinga. Menyeramkan! Itu yang dirasai Shahida yang bekerja sebagai pembantu rumah Tuan Harris.

KUTUB KHANAH-Syasya De Luna

Tarikan di Kutub Khanah mempersonakan bagi Danny. Rasa minatnya dikongsi bersama Naina. Namun, tempat itu adalah kawasan larangan. Genap empat malam Juumaat. Kutub Khanah akan ditutup buat yang terperangkap. Yang datang akan terus kekal. Andai tiada yang memutuskan perjanjian.

Buku 8: Psychomanteum 

ISBN: 9789671724484

Kehidupan tiga penyiasat paranormal berubah 180 darjah apabila salah seorang dari mereka menyeru roh kakak kembarnya yang meninggal dunia dengan menggunakan teknik psychomanteum. Teknik meyeru roh menggunakan cermin itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila yang muncul bukanlah roh arwah kakaknya.

Buku 9: Berteman Roh

ISBN: 9789671724453

Apa yang anda rasa anda boleh melihat hantu? Takut? Ngeri? Rasa bagaikan anda sentiasa diburu dan selalu diperhatikan? Itulah yang dirasakan oleh Suraya seorang pembaca berita TV13 apabila dapat melihat roh Ryzal seorang pelakon terkenal yang hilang tanpa dikesan secara tiba-tiba!

Buku 10: Misteri Raja Bersiong

ISBN: 9789672394150

Apabila pulang daripada perburuan, Raja Bersiong terasa amat lapar dan terus sahaja bersantapkan nasi berlaukkan sayur bayam bercampur darah tadi. Baginda terasa kelainan pada masakan sayur bayam kali ini. Masakannya teramat enak. Baginda telah bertanya kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya membiarkan baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda kemudiannya telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang dipenjarakan. Seorang banduan akan dihukum pancung dan darahnya akan dikumpulkan dalam saty bekas dan dimasukkan ke dalam masakan sayur bayam untuk santapan Raja Bersiong.