Siri Novel Remaja dan Karya Guru (14T)

Siri Novel Remaja dan Karya Guru (14T)

  • Brands: Pelangi
  • Product Code: c
  • Availability: In Stock
  • RM0.00

Siri ini merangkumi beberapa siri:

1. NOVEL REMAJA TERKENAL CHINA

Buku 1: GERIMIS HARAPAN

ISBN: 9789672907961

Ditulis oleh Cao Wen Xuan pada tahun 2005, mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Qing Tong dan kanak-kanak perempuan bernama Kui Hua. Kui Hua diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Qing Tong. Sejak itu, mereka membesar, bermain, dan belajar bersama-sama. Namun, Kui Hua berpindah ke bandar ketika berumur 12 tahun. Qing Tong setia menanti kepulangan Kui Hua setiap hari.

Novel ini memaparkan hubungan erat dan penuh kasih sayang antara Qing Tong dengan Kui Hua. Dalam kehidupan ini, pasti ada halangan dan rintangan yang perlu kita harungi dengan penuh sabar. Maka, keperibadian yang baik dapat dibina.

- Cao Wen Xuan

Penderitaan disebabkan kemiskinan yang berterusan diimbangi oleh sikap tidak mementingkan diri, kasih sayang dan keindahan alam. Pengakhiran cerita ini memilukandan tidak dijangka, mengingatkan kita akan kisah dongeng.

- Plain Dealer (Akhbar Amerika Syarikat) -

Spesifikasi:

Halaman : 100 ke atas halaman

Warna : Hitam, putih

Kulit: Kulit Lembut

Umur: Umum

Buku 2: TERBANGLAH KUMBANG DENGUNG

ISBN: 9789672907978

Pada tahun 1937, apabila perang meletus, keluarga Huang Cheng Zi berpindah ke Huaxiba. Kemudian, bapanya membawa pulang Sum Tian Lu, anak sahabatnya untuk dijaga. Walaupun hidup susah, mereka tetap menjalani kehidupan dengan gembira. Namun, perpisahan berlaku. Abang Huang Cheng Zi terkorban ketika menyertai pasukan tentera negara, kakaknya terkorban ketika berkhidmat di Yan’an, dan Sum Tian Lu pula terkorban dalam pertempuran di udara. Sejak itu, Huang Cheng Zi sering memainkan lagu kegemaran Sum Tian Lu, “Terbanglah Kumbang Dengung” untuk mengenangnya. Karya ini terpilih menjadi bibliografi “Projek Penerbitan Buku Belia Cemerlang 2019”.Karya ini mengisahkan perjalanan hidup golongan remaja mengharungi keperitan ketika zaman perang. Saya amat bersimpati terhadap mereka. Namun, mereka sangat tabah mengharunginya. Semangat mereka amat saya kagumi sehingga saya tidak dapat menahan air mata sepanjang penghasilan karya ini.

- Huang Bei Jia

“Terbanglah Kumbang Dengung” memfokuskan kelangsungan hidup dan nasib anakanak dengan tema Perang Menentang Jepun dan pertumbuhan kerohanian sepanjang perang. Ini diterangkan dari pelbagai perspektif kerja keras dan nyanyian berterusan para pelajar yang terasing di bahagian barat daya semasa perang tersebut. Huang Bei Jia bijak memahami dan menganalisis sifat manusia dalam seni fiksyen novel. Dalam penerangan kesukaran Huang Cheng Zi dan Sum Tian Lu membesar dalam tahun-tahun perang, beliau menyatakan patriotisme dan perkembangan generasi akan datang dengan jelas. Semangat yang harus dipuji. 

- Wang Quangen (Penulis) -

Spesifikasi:

Halaman : 100 ke atas halaman

Warna : Hitam, putih

Kulit: Kulit Lembut

Umur: Umum

Buku 3: PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN

ISBN: 9789672907985

Bolognia, musim panas. Franc dan Gabriel, remaja berusia 14 tahun. Franc mengutamakan tatatertib, teliti serta bijak dalam matematik. Gabriel pula panas baran dan tidak berpuas hati terhadap semua perkara. Gabriel mengimpikan pengembaraan yang berkonsepkan baharu agar cuti musim panas mereka menjadi lebih istimewa. Pengalaman yang tidak disangka sepanjang cuti tersebut membolehkan mereka mengenal kembali diri masing-masing dan memahami makna kedewasaan sebenar.

Penulis: Guido Sgardoli dilahirkan di Venice pada tahun 1965. Beliau pencinta haiwan dan buku. Beliau menjadi doktor haiwan kerana begitu menggemari haiwan. Beliau mula menulis kisah sendiri disebabkan kegemaran terhadap buku. Karya pertama beliau telah diterbitkan pada tahun 2004. Buku beliau berjudul “Grande Libro Degli Sgnuk” terpilih dalam senarai White Ravens 2007. Pada tahun 2009 pula, beliau menerima Anugerah Penulis Terbaik bagi Anugerah Hans Christian Andersen. Beliau juga merupakan pemenang edisi keempat Premio Strega Prize Ragazze e Ragazzi (2019). Semua pengembaraan yang dirungkaikan dalam kisah pengembaraan ini bukan sahaja membuka mata para pembaca, malahan mengandungi makna mendalam. Perkembangan sebenarnya ialah satu pilihan, perlu mengenali diri sendiri dahulu lalu dapat membesar dengan “sedar”.

– Cao Wen Xuan (Penulis) -

Inilah kisah yang melangkaui sempadan negara. Walaupun berlaku di Itali yang jauh, namun rasa simpati dapat menjalinkan kanak-kanak di wilayah berbeza. Semoga kanak-kanak dapat bermuhasabah dan memperoleh kekuatan dalam “pengembaraan” untuk membesar.

– Jin Bo (Penulis) -

Novel yang mengisahkan pengembaraan remaja yang nampak mudah dan ringkas, namun mengandungi pemikiran yang mendalam dan bernas. Cerita dalam novel ini lancar, segar dan berisi. Ketika membacanya, terasa suatu pengembaraan sanubari “ke tempat lain”, selain proses mencipta penjelajahan hidup dan refleksi diri.

– Tan Feng Xia (Profesor) -

Spesifikasi:

Halaman : 100 ke atas halaman

Warna : Hitam, putih

Kulit: Kulit Lembut

Umur: Umum

2. NOVEL FIKSYEN SAINS

Buku 1: NOBELA

ISBN: 9789830067353

Untuk menilai kemampuan mereka, lima orang murid genius, Nabil, Chong Bee Heng, Balachandran, Lailawani, dan Amrita, telah diberi suatu tugasan sukar oleh guru mereka merungkai misteri nobela, dan menyelamatkan sebuah perkampungan orang asli. Apakah sebenarnya misteri Nobela? Mampukah kelima - lima sahabat ini membuktikan kemampuan mereka? Semua terjawab dalam Nobela.

Lima orang murid tingkatan 1 yang genius telah terpilih untuk menyertai suatu perkhemahan sebagai aktiviti kokurikulum mereka. Perkhemahan ini dirancang oleh guru mereka untuk menguji kekuatan minda, emosi dan fizikal murid-murid, bertujuan memilih calon bagi Angerah Tokoh Murid peringkat negeri. 

Dalam perkhemahan ini, kumpulan murid genius ini ditugaskan untuk menyelesaikan suatu misteri dipanggil Misteri Nobela. Menamakan kumpulan mereka sebagai Luna Plus, Nabil, tokoh murid peringkat daerah semasa di Tahun 6, telah dipilih sebagai ketua kumpulan. Ahli kumpulan lain terdiri daripada Chong Bee Heng, seorang yang arif dalam pengkomputeran, Balachandran, seorang  murid yang suka filem animasi dan bercita-cita menjadi animator yang terkenal, Lailawati, murid yang mahir dalam penulisan dan bercita-cita menjadi penulis terkemuka, dan Amrita, jurugambar ekspedisi ini, yang bercita-cita menjadi wartawan.

Banyak cabaran yang ditempuhi oleh Luna Plus dalam misi mereka. Selain terpaksa meredah hutan tebal dan mencari tapak pendaratan makhluk Marikh di Trek Bingotree untuk mendapatkan klu, mereka juga terserempak dengan Elmira, makhluk Marikh di Trek Cyber, Balachandran hilang ketika mereka menuruni cerun, dan penemuan kotak hitam. 

Di Trek Amethyst, Balachandran sekali lagi melakukan kecuaian, menyebabkan kumpulan Luna Plus sesat. Kumpulan ini kemudian ditemui oleh Tok Batin Pilus dan orang-orangnya yang ditugaskan mencari mereka.

Kumpulan Luna Plus sampai di perkampungan orang asli Tok Batin Pilus, tempat mereka membongkar Misteri Nobela. Nobela sebenarnya batu amesthyst dari planet Marikh yang dibawa oleh makhluk Marikh bernama Hydrilla, bertujuan untuk menakluk bumi. Kapal angkasa Hydrilla bagaimanapun terhempas ke bumi sebelum misi bermula. Walaupun Hydrilla mati, Nobela atau batu pemusnah yang dibawa Hydrilla, telah tercampak di kaki Bukit Senyum, seterusnya menyebabkan kemusnahan kepada sebuah perkampungan orang asli di kaki bukit itu. 

Kumpulan Luna Plus akhirnya berjaya mematikan Nobela, seterusnya kampung orang asli daripada musnah.

Di akhir cerita, Nabil telah dipilih sebagai calon Tokoh Murid peringkat negeri oleh ahli kumpulan Luna Plus dan guru-guru mereka atas kewibawaannya selaku pemimpin.

Spesifikasi:

Halaman: 128 halaman

Warna : Hitam putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10-15 tahun

Buku 2: WAN01

ISBN: 9789830067360

Bumi ini telah musnah pada tahun 3030. Sejak itu, Zuhal menjadi bumi baharu kepada spesis manusia, dan manusia mengalami mutasi gen sifit, saintis dalam bidang genetik dan darah, bercita - cita menghasilkan gen yang hebat supaya dapat berkuasa . Disebabkan gen mereka, WAN01 dan SARAH02 menjadi buruannya.

Bumi telah musnah pada tahun 3030. Sejak itu, Zuhal menjadi ‘bumi baharu’ kepada spesies manusia, dan manusia mengalami mutasi gen. 

Di bumi Zuhal, pokok hanya boleh dilihat dalam gambar. Sejak awal lagi, saintis botani gagal menanam dan membiakkan pokok. Wan01 bagaimanapun telah menyebabkan sebatang pokok tumbuh. Wan merupakan anak Dr Din dan Dr Mia, yang pakar dalam evolusi sel. Hasil eksperimen yang dijalan ke atas anak mereka, Wan mengalami mutasi gen dan menjadikannya istimewa kerana mempunyai elemen tanah. Selain Wan, Sarah02 juga mengalami mutasi gen, menjadikan dia istimewa dengan elemen api. 

Sifit, saintis dalam bidang genetik dan darah, bercita-cita menghasilkan gen yang hebat kerana hendak berkuasa. Disebabkan gen mereka, WAN01 dan Sarah02 menjadi buruan Sifit yang hendak menjalankan eksperimen ke atas mereka. Sarah bagaimanapun berjaya diselamatkan dengan bantuan Wan01. Sarah dan Wan mula berkawan dan mereka berazam untuk menghidupkan Bumi semula dengan kuasa mereka. 

Spesifikasi:

Halaman: 128 halaman

Warna : Hitam putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10-15 tahun

Buku 3: RAMA-RAMA VERSUS CINDERELLA

ISBN: 9789830067384

Imran dan kawan - kawannya telah ditugaskan untuk mengkaji kehidupan rama - rama. Hidup pada tahun 2097, rama - rama begitu asing bagi imran, menjadikan tugasan itu begitu sukar. Kagum dengan kitaran hidup haiwan yang sangat cantik tetapi telah pupus ini, Imran berjaya melaksanakan tugasan itu dengan jayanya hasil bantuan Nenek Salmah.

Imran dan kawan-kawannya telah ditugaskan untuk mengkaji kehidupan rama-rama. Hidup pada tahun 2097 di Siberpolitus, rama-rama begitu asing bagi Imran, menjadikan tugasan itu begitu sukar. Namun disebabkan kagum dengan kitaran hidup haiwan yang sangat cantik tetapi telah pupus ini, Imran dan kawan-kawannya, Zaidi, Tony, dan Tilaga, berusaha melaksanakan tugasan tersebut dengan bantuan nenek Zaidi bernama Salmah, yang menyimpan rakaman filem kitaran hidup seekor rama-rama yang dipanggil Milia. 

Imran dan kawan-kawannya kemudian menghasilkan sebuah klip video, memaparkan filem yang menggabungkan cerita klasik ‘Cinderella’, dengan kisah pengembaraan Milia, dalam kitaran hidupnya yang unik, daripada seekor beluncas yang hodoh kepada seekor rama-rama yang cantik. Akhirnya Imran dan kawan-kawannya berjaya melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya. 

Spesifikasi:

Halaman: 88 halaman

Warna : Hitam putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10-15 tahun

Buku 4: KAPSUL SESUMPAH

ISBN: 9789830067377

Aliff sangat takut akan cicak. Bukan cicak sahaja, malah semua haiwan reptilia. Malang tidak berbau. Afif tertelan kapsul sesumpah! Sejak itu, bermulalah pengembaraan Afif ke alam sesumpah. Pengalaman yang menyedarkan Afif akan pentingnya hubungan harmoni antara manusia dengan hidupan lain dan alam sekitar.

Afif takut sangat akan cicak. Bukan cicak sahaja, malah semua haiwan reptilia. Ironinya, Afif mendapat hadiah seekor sesumpah daripada bapa saudaranya yang baru pulang dari Afrika Selatan. Afif menjauhi sesumpah itu, tetapi malangnya dia tertelan kapsul sesumpah!

Sejak itu, bermulalah pengembaraan Afif ke alam sesumpah. Afif berubah menjadi hijau mengikut warna persekitarannya, bercakap dengan pokok medang, tenggelam ke dasar laut dan menjadi halimunan, menjadi makhluk asing yang berlidah panjang, berjalan secara merangkak dan makan serangga, sesat dalam hutan, dan banyak lagi pengalaman yang menakutkan.

Afif kemudian tersedar dan mendapati dia berada di hospital. Dia kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kapsul yang tersekat dalam ususnya. Rupa-rupanya kapsul sesumpah yang merupakan bahan uji kaji untuk mengkaji tindak balas sesumpah terhadap persekitaran, yang menyebabkan Afif menunjukkan tindak balas seperti sesumpah.

Pengalaman menjadi sesumpah menyedarkan Afif akan pentingnya hubungan harmoni antara manusia dengan haiwan dan alam sekitar.

Spesifikasi:

Halaman: 112 halaman

Warna : Hitam putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10-15 tahun

Buku 5: PLUTO YANG HILANG

ISBN: 9789830067391

Penghuni pluto, juploto, bangga akan planet mereka. Bagi juploto, Pluto paling hebat. Tiada planet sehebat pluto. Kenyataannya, tarikan graviti pluto semakin lemah. Pluto semakin mengecil, semakin menghilang. Pluto bukan planet lagi! Juploto mesti berpindah.

Juploto, makhluk seperti robot yang mendapat tenaga daripada ketulan ais, tinggal di Pluto. Makhluk juploto bangga akan planet mereka. Bagi juploto, Pluto paling hebat dan tiada planet sehebat Pluto. Joper, satu juploto muda, berazam untuk keluar dari Pluto, sesuatu yang dianggap mustahil oleh para juploto. Semua juploto mentertawakannya, terutamanya Joreka. Joper dan Joreka kemudian bertanding dalam suatu pertandingan. Dalam pertandingan itu, juploto yang berjaya keluar dari Pluto dikira pemenang dan akan dipilih menjadi ketua juploto. 

Dalam misi itu, Joreka secara tidak sengaja telah mendarat di Charon. Joper, dengan bantuan piring angkasa yang dicipta oleh Jophea, berjaya tiba di Eris. Joper kemudian kembali ke Pluto untuk membuktikan teorinya bahawa juploto mampu keluar dari Pluto. Pada masa yang sama, berita yang diterima dari planet Neptune mengatakan bahawa Pluto akan lenyap. Oleh itu, juploto mesti keluar dari Pluto. Dengan kapal angkasa yang dibina Jophea, semua juploto akhirnya meninggalkan Pluto selepas dipujuk oleh Joper.

Joreka sebaliknya, kembali ke Pluto. Joreka hendak membawa juploto ke Charon supaya dia dapat memerintah di planet baru itu. Bagaimanapun, piring angkasa Joreka terhempas di Pluto, menyebabkan Joreka mati. Joper dan semua juploto pula meneruskan perjalanan mereka ke planet Neptune untuk tinggal di sana. 

Spesifikasi:

Halaman: 96 halaman

Warna : Hitam putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10-15 tahun

Buku 6: PERCUTIAN KE VEERTUTASIA

ISBN: 9789830067407

Rayyan hilang semasa suatu ekspedisi pendakian bersama-sama kawan-kawannya.Usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan, gagal menemuinya. Tetapi benarkah Rayyan hilang? Atau dia sebenarnya Nakhael, pewaris kerajaan veetutasia, yang mesti kembali ke tempat asalnya untuk menuntut haknya?

Rayyan Alwiz, 16 tahun, hilang semasa suatu ekspedisi perkhemahan di Gunung Ledang dengan kawan-kawannya, Liu Fang, Ethen Ramesh, Zaidan, Haziqah, dan adiknya, Farisya. Usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan, gagal mengesannya. Kehilangan Rayyan dalam suatu kejadian ribut itu merupakan suatu misteri. 

Tanpa diketahui oleh yang lain, Rayyan sebenarnya dilarikan ke Veertutasia, sebuah alam fantasi oleh Emythyst, puteri Putera Ferald Villaneuzell, melalui ‘ruang dimensi’. Rayyan sebenarnya Putera Nakhael Villaneuzell, pewaris kerajaan Veertutasia. Veertutasia ketika itu dikuasa oleh Ferald Villaneuzell, bapa saudara Rayyan. Ferald telah membunuh bapa Rayyan, Zeenth, dan merampas kuasa, dan Rayyan dibawa pulang ke Veertutasia supaya dia dapat menuntut haknya.

Di Veetutasia, Rayyan bertemu dengan ibu kandungnya, Medina Villanuezell, yang menceritakan kepadanya bahawa dia dibawa ke dunia semasa bayi untuk menyelamatkannya daripada dibunuh oleh Ferald, lalu dijadikan anak angkat oleh Encik Alwiz. 

Rayyan juga bertemu dengan kawan-kawan baru, Audra Audra de Zuela, ketua jeneral Veèrtutasia, Joshua, ketua semua Aurora Veèrtutasia, Dawn, Aeryth, dan Eum Jae. Dengan bantuan kawan-kawannya dan Emythyst, Rayyan berjaya menewaskan Ferald Villaneuzell. Dia kemudian kembali ke dunia melalui ‘ruang dimensi’ untuk menemui keluarga angkatnya, sebelum kembali ke Veertutasia. 

Spesifikasi:

Halaman: 136 halaman

Warna : Hitam putih

Kulit: Kulit lembut

Umur: 10-15 tahun

3. SIRI ANAK RIMBA

Buku 1: HARI TANPA NGAUMAN

ISBN: 9786294700017

Help endangered Asian animals take centre stage and to cultivate nature-loving children who will be more aware of the environment as well as universal value such as kindness and respecting our animal friends.

Teega harimau kecil yang suka MENGAUMMM! Suatu hari, abang Teebo, memberitahu ngaumannya terlampau kuat. Dengan rasa sedih, Teega mengisytiharkan HARI TANPA NGAUM! Bagaimana jika harimau tidak mengaum? Melalui kicak-kicau kawannya, Teega belajar menggunakan suaranya dan menjalin persahabatan yang tidak disangka-sangka sepanjang perjalanannya itu.

Spesifikasi:

Halaman: 48 halaman

Warna: 4 warna

Kulit: Kulit lembut

Umur: 5 tahun dan ke atas

Buku 2: KENAPA SAYA BERBEZA

ISBN: 9786294700024

Help endangered Asian animals take centre stage and to cultivate nature-loving children who will be more aware of the environment as well as universal value such as kindness and respecting our animal friends.

Si Timo, anak tapir kecil keluar berjalan-jalan bersama ibunya untuk mencari haiwan yang nampak berbeza daripada ibu mereka; sama sepertinya. Sepanjang perjalanan mereka, Si Timo belajar tentang banyak perkara serta berkenalan dengan ramai kawan baharu.

Spesifikasi:

Halaman: 48 halaman

Warna: 4 warna

Kulit: Kulit lembut

Umur: 5 tahun dan ke atas

Buku 3: JOM CUBA BENDA BAHARU

ISBN: 9786294700031

Help endangered Asian animals take centre stage and to cultivate nature-loving children who will be more aware of the environment as well as universal value such as kindness and respecting our animal friends.

Si kecil Ronda tidak suka mencuba benda baharu. Suatu hari, Ronda menemui dirinya dalam sebuah pengembaraan yang mengajarnya bahawa mencuba benda baharu bukanlah sesuatu yang menakutkan. Bahkan, benda baharu sebenarnya agak menyeronokkan

Spesifikasi:

Halaman: 48 halaman

Warna: 4 warna

Kulit: Kulit lembut

Umur: 5 tahun dan ke atas

Buku 4: FLORA DAN SI BUNGA MALAM

ISBN: 9786294700048

Help endangered Asian animals take centre stage and to cultivate nature-loving children who will be more aware of the environment as well as universal value such as kindness and respecting our animal friends.

Flora merupakan seekor anak keluang yang tidak sabar untuk terbang seperti sepupunya. Sayangnya, pada percubaan pertama, dia terjatuh ke tanah. Flora berasa sedih. Mama memujuknya dengan menceritakan sebuah kisah si bunga malam yang sedang menunggu masa untuk kembang. Melalui cerita si bunga malam, Flora belajar tentang kesabaran dan kecekalan. Flora tidak mengalah dan akhirnya memahami bahawa semua perkara mempunyai waktunya tersendiri.

Spesifikasi:

Halaman: 48 halaman

Warna: 4 warna

Kulit: Kulit lembut

Umur: 5 tahun dan ke atas

Buku 5: SUNGAI UNTUK KELUARGAKU

ISBN: 9786294700055

Help endangered Asian animals take centre stage and to cultivate nature-loving children who will be more aware of the environment as well as universal value such as kindness and respecting our animal friends.

Popi seekor pepatung kecil yang tinggal di sebatang sungai. Suatu hari, Popi sekeluarga perlu pindah untuk mencari sungai yang lebih bersih dan jernih. Popi sedih, Opah memujuk Popi dengan menceritakan kisah asal-usul mereka di Ibu Sungai. Popi akhirnya sedar bahawa sebuah tempat tinggal tidak bermakna jika tidak bersama keluarga.

Spesifikasi:

Halaman: 48 halaman

Warna: 4 warna

Kulit: Kulit lembut

Umur: 5 tahun dan ke atas