SIRI X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM (20T)
- Brands: Kadokawa
- Product Code: BS00272
- Availability: In Stock
Buku 1: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C22: LOHONG DIMENSI MASA - LAUTAN
ISBN: 9789673858576
Pasukan X-VENTURE mengikuti percutian di laut dan mereka mengambil peluang ini untuk meneroka dunia dasar laut. Penerokaan mereka bertukar menjadi misi apabila menemui sebuah lubang misteri di dasar laut. Keadaan sekeliling bagaikan dunia asing! Secara tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bencana yang melibatkan gelinciran masa dan... Haiwan prasejarah?! Bagaimanakah Remy dan kawan-kawannya menyelamatkan diri dan menamatkan krisis ini?
Buku 2: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C23: PULAU BERNYAWA - MARIN
ISBN: 9789673859375
Pasukan X-VENTURE mengikuti percutian di laut dan mereka mengambil peluang ini untuk meneroka dunia dasar laut. Penerokaan mereka bertukar menjadi misi apabila menemui sebuah lubang misteri di dasar laut. Keadaan sekeliling bagaikan dunia asing! Secara tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bencana yang melibatkan gelinciran masa dan... Haiwan prasejarah?! Bagaimanakah Remy dan kawan-kawannya menyelamatkan diri dan menamatkan krisis ini?
Buku 3: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREME C24: DASAR LAUT EKSTREM TOPIK LAUT
ISBN: 9789674780319
Pasukan X-VENTURE bergerak ke Jurang Mariana untuk membantu Dr. Thompson menguji robot laut dalamnya. Sebaik tiba di sana, mereka terpaksa membantu pasukan Dr. Thompson menyelamat pasukan penyiasatnya. Apabila usaha bantuan menghadapi masalah, Remy turun ke dalam jurang. Pasukan X-VENTURE mula merungkai kebenaran cukup menggemparkan! Ancaman tidak diketahui dalan jurang gelap itu hanyalah permulaan...
Buku 4: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C25: RAMPASAN UDARA- PENERBANGAN
ISBN: 9789674780906
Selapas diarahkan oleh Dr. Da Vinci, kumpulan Remy menjadi pasukan pengiring rahsia kepada seorang VIP yang dalam perjalanan menghantar vaksin ke suatu tempat dilanda wabak. Penerbangan mereka dikejutkan dengan penemuan bom di dalam tandas kabin! Berdepan insiden genting ibarat nyawa di hujung tanduk ini sangat menakutkan. Bagaimana dengan hero kita?
Buku 5: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C26: SELUBUNG JEREBU -PENCEMARAN UDARA
ISBN: 9789674781644
Perjalanan Diana terhalang akibat tanah runtuh dan terputus hubungan dengan Dr. Da Vinci. Remy dan kawan-kawan dihantar untuk mencari Diana tetapi kebakaran hutan menjadi penghalang! Mereka juga perlu menyelamatkan orang ramai, mengelak dari diterkam harimau lapar dan jerebu teruk. Perjalanan mereka mendedahkan banyak hakikat menggerunkan akibat ketamakan manusia. Adakah mereka berjaya menemui dalang di sebalik kebinasaan ini?
Buku 6: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C27: KUBU BERTOKSIK
ISBN: 9789674782405
Dr. Da Vinci melancarkan permainan Let's Go X-VENTURE di beberapa negara namun timbul kekecohan apabila tiga orang hilang semasa bermain game itu. Remy dan pasukannya dihantar untuk mencari kanak-kanak itu yang membawa kepada penemuan bandar bawah tanah misteri ketika misi pencarian. Mereka diserang makhluk aneh sehingga Remy terpaksa membuat keputusan drastik. Adakah nyawa mereka jadi taruhan dalam krisis kali ini?
Buku 7: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C28: IGAUAN GELORA
ISBN: 9789674783068
Kes kehilangan kapal di perairan barat laut semakin meningkat dan ada yang mendakwa terlihat kapal hantu. Pasukan X-VENTURE terpanggil menyiasat dan inilah peluang menaiki kapal pesiaran mewah. Rupa-rupanya kapten kapal terlibat dalam jenayah berat! Apabila kapal terlanggar terumbu karang dan menyebabkan enjin meletup... tiba-tiba muncul kapal hantu!
Buku 8: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C29: MUSLIHAT RUPAWAN
ISBN: 9789674783983
Hati-hati dengan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Kehilangan Lili selepas terasa hati dengan kata-kata Remy membawa kepada petunjuk mencurigakan dari sampel percuma produk kosmetik keluaran Future Healthcare. Pasukan X-VENTURE menyusup masuk untuk mencari jawapannya.
Buku 9: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C31: KOMPLOT MAKAM
ISBN: 9789674785017
Semasa meluncur
Pasukan X-VENTURE mengalami kesilapan teknikal dan diselamatkan sekumpulan
pendaki gunung. Mereka mendapat tahu pendaki gunung itu mempunyai penyodok Luoyang yang digunakan untuk mengorek makam suatu masa dahulu. Jadi
Pasukan X-VENTURE membuat keputusan menyertai kumpulan itu dan cuba menghalang
niat mereka. Keadaan bertambah buruk apabila terputus
isyarat komunikasi...
Buku 10: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C32: RENCANA KEJI
ISBN: 9789674786618
Remy bertembung dengan budak nakal seirasnya dan tanpa disedari lencana di bahu telah hilang. Remy cuba menjejak budak itu tetapi dia telah hilang. Dalam perjalanan pulang Remy terserempak dengan trak mencurigakan di tepi jalan, Remy yang berasa curiga terus menyiasat dan mendapati trak itu penuh dengan kanak-kanak dalam keadaan pelik. Apakah kaitan budak yang hilang dengan kanak-kanak itu?
Buku 11: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C33: PENYAKIT VIRUS TULAR
ISBN: 9789674787400
HUTAN DENGAN PENGHUNI LIAR!
Remy dan rakan-rakan keluar bercuti di mana mereka bertemu Sarah dan keluarganya. Kemudian tanpa sengaja bertembung dengan haiwan liar yang menggila. Mereka mendapati haiwan liar di dalam hutan itu telah dijangkiti rabies! Bolehkah Remy, Shah dan Jumbo menghadapi penyakit liar yang sudah menular ini?
Buku 12: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C34: SESAT
ISBN: 9789674788049
SIAPAKAH
PATUT KITA PERCAYA KETIKA DUNIA KELAM DISELUBUNGI DEBU?
Dr. Da Vinci dan Diana dijemput menghadiri satu sesi perkongsian idea sains dan teknologi tetapi terperangkap di hotel akibat ribut pasir. Secara tiba-tiba mereka terputus hubungan dengan pangkalan. Remy dan rakan-rakan memulakan misi mencari Dr. Da Vinci dan Diana. Namun bertembung dengan orang misteri yang menghalang niat mereka. Adakah jemputan itu satu muslihat atau agenda dari pihak lain.
Buku 13: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C35: NAHAS LETUPAN
ISBN:9789674788438
BAGAIMANA HENDAK MENGHADAPI KEADAAN YANG SEMAKIN MEMBURUK?
Misi mencari punca pencemaran air laut membawa Remy, Shah dan Jumbo kepada sesuatu yang lebih mendebarkan. Pasukan X-VENTURE terpaksa bertindak pantas apabila amaran mereka tidak dipedulikan. Penemuan bahan mudah terbakar dalam kilang mendedahkan mereka kepada risiko letupan besar-besaran. Dapatkah mereka mencari penyelesaian sebelum semuanya terlambat?
Buku 14: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C36: LUNCURAN PETAKA
ISBN: 9789672315964
DAPATKAH MEREKA BERTAHAN APABILA SEMUA RUNTUH DAN HANCUR?
Semasa Remy, Jumbo dan Shah beristirahat di Vila mereka bertemu seorang perempuan yang mencari abangnya. Trio ini rasa terpanggil untuk membantu. Pencarian itu membawa mereka ke lereng bukit dan menemukan sesuatu yang mungkin membawa bencana. Adakah saat indah di vila ini akan bertukar menjadi pengalaman buruk pada semua pengunjung? Ditimbus hidup-hidup adalah sesuatu yang sukar dibayangkan.
Buku 15: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C37: PENGGODAM MAYA
ISBN: 9789672341642
MAMPUKAH MEREKA MENGATASI TEKNOLOGI YANG CANGGIH?
Sistem
komputer telah diserang besar-besaran oleh penggodam termasuk pangkalan
X-Central! Dr. Da Vinci perlu berbuat sesuatu kerana sistem komputer
dilumpuhkan. Ahli Pasukan X-VENTURE perlu menghalang penggodam melalui alam
maya. Penggodam menguasai dunia maya yang merupakan sesuatu di luar kebiasaan
Pasukan X-VENTURE. Adakah mereka dapat menghentikan perisian hasad ini?
Buku 16: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C38: BISA BERSENGAT
ISBN: 9789672381280
MAMPUKAH MENENTANG KAWANAN LEBAH BERBISA?
Dr. Da Vinci menerima kes pelik melibatkan kematian haiwan dan menghantar Pasukan X-VENTURE untuk menyiasat. Di sana mereka bertemu dengan ahli pemuliharaan Encik Shan dan anak-anaknya. Bertembung dengan sekumpulan lebah yang sangat agresif bukanlah berita baik. Bolehkah Pasukan X-VENTURE bertahan dengan serangga kecil tapi berbisa ini?
Buku 17: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C39: SIASATAN BERACUN
ISBN: 9789672926481
Keenan bersama guru dan rakan sekelas berkhemah di hutan. Namun secara tiba-tiba semua menggila dan menyerangnya. Dia melarikan diri sehingga menemui orang yang menolongnya tetapi sebelum Keenan pengsan dia menyebut nama Remy... Pasukan X-VENTURE telah dipanggil kerana timbul kekeliruan dan siasatan mereka telah menemukan konspirasi besar.
Buku 18: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C40: WABAK CEMAS
ISBN:9789672993476
Wabak virus yang mengancam telah
menjerumuskan ke arah kekacauan!
Sejauh mana Pasukan X-VENTURE mahu memastikan keadaan bandar yang terdesak untuk hidup tidak menuju ke arah kehancuran? Mereka perlu menyiasat saintis yang hilang dan vaksin yang dihasilkannya. Adakah rakan baharu mereka Luke dapat membantu untuk pulih dari epidemik ini?
Buku 19: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C41: OBSESI GILA
ISBN: 9789672818342
Teh Susu
Boba Jadi Puncanya?!
Sesiapa
yang minum 'fairy milk tea' akan berubah
jadi sangat ganas dan kuat. Teh susu boba biasa tapi menyebabkan
ketagihan?! Namun, Dr. Da Vinci tidak dapat mengesan apa-apa yang pelik.
Jadi seperti biasa, Dr. Da Vinci menghantar Remy dan ahli pasukan
X-VENTURE lain untuk menyiasat. Tanpa disangka Remy ditangkap! Apa yang
akan jadi pada Remy!
Buku 20: X-VENTURE EKSPLORASI EKSTREM C42: MUSLIHAT TEKNOLOGI
ISBN: 9789672718710
Nasib Di
Hujung Jari?!
Pusat
beli-belah diserang pengganas dan ramai dijadikan tebusan sebagai balasan
pembebasan ketua mereka. Remy dan rakan-rakan yang sedang bercuti turut menjadi
tebusan. TechNeo menghantar robot untuk menangani pengganas dan menyiarkan
insiden itu secara langsung dalam talian semata-mata untuk publisiti hingga
mengabaikan nyawa tebusan, Tanpa diduga, robot ditewaskan dan rupa-rupanya cip
pintar di dalamnya telah dicuri!