Siri ini merangkumi beberapa siri:
1. KOMPLIKASI KARYA PENULIS JOHOR/SARAWAK
Buku 1: JIWA MERDEKA
ISBN: 9789670973272
Jiwa Merdeka menghimpunkan karya-karya penulis prolifik Persatuan Penulisan Johor - Zulaiha Paikon, Khuzaimah Hj. Siraj dan Siti Hadijah Sunok.
- Bertemakan negeri Johor bagi mengapresiasikan kearifan setempat.
- Antologi yang mengandungi genre cerpen, drama, puisi moden dan puisi klasik serta prosa tradisional.
Spesifikasi:
Halaman : 176 halaman
Warna : Hitam, putih
Kulit: Kulit Lembut
Umur: Umum
Buku 2: TANGANKU TEMBAGA
ISBN: 9789670973296
Menghimpunkan karya-karya penulis prolifik Sarawak - Yusuf Fansuri dan Radzemah Bolhassan
-Bertemakan Bumi Kenyalang, bagi mengapresiasikan kearifan setempat.
- Antologi yang mengandungi genre cerpen, drama, puisi moden dan puisi klasik serta prosa tradisional.
Spesifikasi:
Halaman : 120 halaman
Warna : Hitam, putih
Kulit: Kulit Lembut
Umur: Umum
2. SIRI CITRA WARISAN SARAWAK
Buku 1: Kerana Payak
Walaupun lembam, Mahani, gadis empat belas tahun, menjadi pendorong kepada keluarga sehingga keluarganya berubah berjaya menjadi usahawan payak yang terkemuka di Belawai.
Buku 2: Salai Lumek
Kadri, anak nelayan bercita-cita menjadi nelayan seperti ayahnya. Lemah dalam pelajaran, Kadri akhirnya berjaya setelah sedar bahawa pelajaran amat penting dalam memastikan cita-citanya untuk mengubah nasib keluarga dengan menjadi nelayan moden, tercapai.
Buku 3: Sekiu, Oh, Sekiu
Selepas kematian ayahnya, Zaharah dan ibunya, Normala, bekerja membuat minyak sekiu. Zaharah amat menyayangi pokok sekiu, yang hanya terdapat di Jemoreng, dan nekad untuk mempertahankan khazanah hutan ini.
Buku 4: Rahsia Rumah Panjang Sok
Hadi dikatakan istimewa kerana dia anak warisan Rumah Panjang Sok. Dia bagaimanapun tidak suka dianggap istimewa. Rahsia Rumah Panjang Sok akhirnya
menyedarkan Hadi bahawa memelihara warisan itu adalah tanggungjawabnya.
Buku 5: Kain Tenun Qaseh
Qaseh gigih berusaha dalam mengangkat kain tenun masyarakat Melanau, usaha yang dipandang remeh oleh sahabatnya, Intan. Selepas kematian Qaseh,
barulah Intan sedar bahawa apa yang dilakukan Qaseh itu demi kelangsungan budaya bangsanya.
Spesifikasi:
Halaman: 64 halaman
Warna: hitam dan putih
Kulit: Kulit lembut
Umur: 10-12 tahun
3. SIRI CITRA WARISAN SABAH
Buku 1: Buludan
Cerita tentang seorang anak nelayan dari kaum Orang Sungai yang tinggal di Beluran, Sabah yang berjaya menjadi doktor, dan berazam untuk berkhidmat di tanah tumpah darahnya.
Buku 2: Bosou
Seorang budak perempuan, Nini, mencipta resipi baru, bosou upgrade, untuk memajukan restoran ibunya. Resepi ini kemudian memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Makanan Tradisi di Sabah.
Buku 3: Porter Kinabalu
Cerita tentang kehidupan porter di Gunung Kinabalu.
Buku 4: Linopot
Cerita tentang budak perempuan yang bangga dengan nasi linopot, makanan tradisi masyarakatnya, kaum Kadazan-Dusun.
Buku 5: Catatan Ryan ke Tip of Borneo
Ryan dari kaum Sino Kadazan, seorang yang kurang berdisiplin, suka bermain, dan lemah dalam pelajaran. Lawatan ke Tip of Borneo bagaimanapun mengubah sikap Ryan.
Spesifikasi:
Halaman: 64 halaman
Warna: Hitam dan putih
Kulit: Kulit lembut
Umur: 10-12 tahun
4. SIRI CITRA WARISAN PERAK
Buku 1: Ipoh Old Town
Ah Chu seorang pengumpul barangan terpakai di bandar Ipoh. Menjadi peniaga di Pasar Loken, kehidupan di bandar besar itu begitu mencabar. Ah Chu bagaimanapun betah tinggal di Ipoh sejak zaman nenek moyangnya. Keunikan jajaran bangunan kolonialnya, Pekan Lama dan Baharunya, semuanya sudah sebati dalam diri Ah Chumembuat dia bangga tinggal di tempat kelahirannya itu.
Buku 2: Tekat
Azah sangat minat akan tekat, seni turun-temurun keluarganya. Salina, emaknya, bagaimanapun, mahu dia menumpukan perhatian pada pelajaran. Di mana tumpahnya kuah kalau tidak di nasi, Azah akhirnya berjaya memulakan perusahaan keluarga, seterusnya mengangkat seni tekat ke peringkat antarabangsa.
Buku 3: Kellie’s Castle
Walaupun telah berusia lebih seratus tahun, Kellie’s Castle atau Istana Kellie terus kukuh tersergam di atas puncak bukit. Ibarat Taj Mahal, Kellie’s Castle merupakan lambang kasih sayang William Kellie Smith terhadap isterinya, Agnes. Hanya tinggal nama, istana ini meninggalkan kesan sejarah dan memori yang ingin dibongkar oleh Hasyim dan kawan-kawannya.
Buku 4: Labu Sayong Kuala Kangsar
Kaluk merantau jauh dari Tanah Seberang untuk memulakan penghidupan baru di Tanah Melayu. Dengan berbekalkan kemahiran turun-temurun, Kaluk berjaya mencapai hasratnya, dan pada masa yang sama memulakan legasi labu sayong di Kuala Kangsar, Perak.
Buku 5: 3 Hari 2 Malam Gua Tempurung
Syammi merasa tersisih. Mama Anis tidak menyayanginya. Ayah juga tidak peduli. Adik tirinya, Aiman, sering menyakitkan hatinya. Syammi nekad untuk lari dari rumah. Gua Tempurung yang gelap dan sunyi menjadi tempat pelariannya. Menyimpan begitu banyak keindahan dan keunikan, Gua 3 Hari 2 Malam Tempurung memberikan pengalaman yang amat berharga kepadanya.
Spesifikasi:
Halaman: 64 halaman
Warna: Hitam dan putih
Kulit: Kulit lembut
Umur: 10-12 tahun
5. SIRI PENGKARYA GURU
Buku 1: KENINGAU SEHARUM KONINGAU
ISBN: 9789675671548
Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.
James, berketurunan Dusun dan tinggal di Kuala Lumpur, pulang ke kampung halaman ibunya di Sabah buat kali pertama. Di kampung, James pelik melihat kelakuan Nonong, neneknya. Suka menyendiri dan bercakap sendiri, setiap hari neneknya akan ke kebun koningau. Hal ini menimbulkan tanda tanya. Adakah neneknya kurang siuman? Mengapakah perempuan itu leka sangat dengan wakidnya? James ingin membongkar rahsia.
- Siri novel pelbagai tema - keluarga dan masyarakat, sukan, jaringan sosial, fiksyen sains dan alam sekitar.
- Diterbitkan dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru.
Spesifikasi:
Halaman: 64 halaman
Warna: Hitam dan putih
Kulit: Kulit lembut
Umur: 10 hingga 15 tahun
Buku 2: BUAYA PUTIH TASIK BIRU
ISBN: 9789675671555
Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.
Dora memang pelik. Sejak kecil hingga usianya enam tahun, dia tidak suka makan. Apabila tiba masa makan, Sally, ibunya, terpaksa mencarinya di sekeliling rumah. Tidak suka dipaksa makan, suatu hari Dora lari dari rumah. Dia kemudian ditemui pengsan di tebing Tasik Biru. Sejak itu Dora kuat makan, Tetapi apakah yang membuat Dora kuat makan sehingga dia mengalami kegemukan? Benarkah dia melihat buaya putih membaham seorang budak kurus? Semua terjawab setelah dia berkawan dengan Mayo, seorang budak lelaki berketurunan Bidayuh.
- Siri novel pelbagai tema - keluarga dan masyarakat, sukan, jaringan sosial, fiksyen sains dan alam sekitar.
- Diterbitkan dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru.
Spesifikasi:
Halaman: 64 halaman
Warna: Hitam dan putih
Kulit: Kulit lembut
Umur: 10 hingga 15 tahun
Buku 3: MANTAI
ISBN: 9789675671562
Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.
Mustakim terlalu sayang akan Jebon. Jebon yang menjadi rebutan orang kampung. Jebon yang seperti kawan sepermainannya. Apabila Jebon hendak dikorbankan untuk mantai, Mustakim menjadi tidak keruan. Dia tidak mahu kehilangan Jebon. Jebon mesti diselamatkan
- Siri novel pelbagai tema - keluarga dan masyarakat, sukan, jaringan sosial, fiksyen sains dan alam sekitar.
- Diterbitkan dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru.
Spesifikasi:
Halaman: 64 halaman
Warna: Hitam dan putih
Kulit: Kulit lembut
Umur: 10 hingga 15 tahun
Buku 4: AKU PUTU EMBAH DARMAN
ISBN: 9789675671579
Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.
Dani amat menyayangi embahnya. Sejak ketiadaan ayah dan ibu, merekalah tempat Dani bergantung hidup. Kegigihan mereka mengajar Dani erti sabar dan cekal. Ketekalan mereka mengamalkan budaya dan warisan nenek moyang, menjadi ikutannya. Walaupun orang yang dikasihi sudah tiada, Dani tetap berpegang pada didikan yang baik
- Siri novel pelbagai tema - keluarga dan masyarakat, sukan, jaringan sosial, fiksyen sains dan alam sekitar.
- Diterbitkan dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru.
Spesifikasi:
Halaman: 64 halaman
Warna: Hitam dan putih
Kulit: Kulit lembut
Umur: 10 hingga 15 tahun
Buku 5: MEMORI ISTANA LAMA
ISBN: 9789675671586
Buku 6: KERANA SERULING
ISBN: 9789675671593
Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.
Bagi Sofian, seruling peninggalan ayahnya begitu istimewa. Pusaka yang tidak ternilai. Banyak menghabiskan masa dengan serulingnya, sikap Sofian itu tidak disenangi sepupunya, Nurhakim. Nurhakim memperkecilkan seruling Sofian. Suatu hari, tercetus perkelahian antara mereka. Peristiwa yang hampir meragut nyawa Sofian itu akhirnya menginsafkan Nurhakim. Bukan itu sahaja, Sofian juga mendapat kawan baharu. Orang yang ditemuinya dalam mimpi.
- Siri novel pelbagai tema - keluarga dan masyarakat, sukan, jaringan sosial, fiksyen sains dan alam sekitar.
- Diterbitkan dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru.
Spesifikasi:
Halaman: 64 halaman
Warna: Hitam dan putih
Kulit: Kulit lembut
Umur: 10 hingga 15 tahun
Buku 7: KHABARKAN HAMDOLOK
ISBN: 9789675671609
Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.
Sejak kecil, Khairul dan Khairil tidak pernah dibawa pulang ke kampung oleh ayah mereka. Apa sebabnya, mereka tidak tahu. Maka, keputusan ayah mereka untuk pulang ke kampung hari itu, membuat adik-adik kembar ini begitu teruja. Banyak yang diketahui mereka apabila berada di Kampung Pahat. Bukan sahaja keindahan sungai dan air terjunnya, atau Hamdolok dan Masedekinya. Yang lebih mengejutkan konflik yang membuat ayah mereka membuang diri selama ini.
- Siri novel pelbagai tema - keluarga dan masyarakat, sukan, jaringan sosial, fiksyen sains dan alam sekitar.
- Diterbitkan dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru.
Spesifikasi:
Halaman: 64 halaman
Warna: Hitam dan putih
Kulit: Kulit lembut
Umur: 10 hingga 15 tahun
Buku 8: AIR MATA QASEH
ISBN: 9789675671616
Bersama-sama merealisasikan MBMMBI melalui Program Bacaan.
Arman tahu bahawa hubungan Qaseh dan Tok Wan begitu istimewa. Qaseh yang tidak kembali ke pantai, membuat Tok Wan tertunggu-tunggu, sehinggalah lelaki tua itu meninggal dunia. Kini Arman pula ternanti-nanti akan Qaseh. Berharap Qaseh mendapat lagi di pantai. Arman benci orang yang mengambil telur penyu. Benci orang yang menyebabkan kepupusan haiwan itu. Suatu hari, Qaseh pulang dan bertelur semula di pantai, Akan tetapi, Arman pula dalam dilema apabila ibunya mengidamkan telur Qaseh. Arman terpaksa memilih antara Qaseh dengan tanggungjawab sebagai anak. Akhirnya Arman melanggar prinsip sendiri!