The Manga Guide (10T)

The Manga Guide (10T)

  • Brands: Pelangi
  • Product Code: TA1644
  • Availability: In Stock
  • RM0.00

Book 1: FIZIK

ISBN: 9789830054681

Walaupun Megumi seorang ahli sukan yang handal tetapi beliau gagal apabila berada di dalam kelas Fizik. Beliau tidak dapat menumpukan perhatian dalam pertandingan tenis kerana risau akan soalan-soalan yang tidak dapat dijawab semasa ujian sebenar! Mujurlah , beliau berkawan dengan Ryota, seorang penyabar dan arif dalam Fizik. Ryota menggunakan contoh-contoh daripada kehidupan seharian untuk membantu Megumi memahami Mekanik Klasik dan pada masa yang sama, Megumi bertambah baik dalam permainan tenisnya.

Dalam ''THE MANGA GUIDE FIZIK" anda akan belajar bersama Megumi tentang Fizik bagi objek harian seperti kasut roda, lastik, kereta sedang berhenti, dan servis dalam permainan tenis. Dalam masa yang singkat, anda akan menguasai konsep yang sukar seperti momentum dan impuls, gerakan parabola, dan hubungan antara daya, jisim dan pecutan.

Anda juga akan mempelajari:

- Menggunakan tiga Hukum Gerakan Newton dalam masalah kehidupan harian.

- Menentukan pergerakan objek selepas suatu perlanggaran.

- Melukis rajah vektor dan memudahkan masalah kompleks menggunakan trigonometri.

- Menghintung perubahan tenaga kinetik objek apabila tenaga keupayaan bertambah.

Jika anda terkeliru oleh perkara-perkara asas Fizik atau anda hanya memerlukan suatu pendekatan baharu, ''THE MANGA GUIDE FIZIK" boleh membantu anda!

Book 2: STATISTIK

ISBN: 9789830054698

Sekiranya anda bimbang tentang statistik, ataupun ingin menguasainya untuk mengendalikan data, "THE MANGA GUIDE STATISTIK" akan membantu anda mengatasi perasaan "saya tidak bagus dalam Matematik" dalam jiwa anda. Bimbingan berkartun ini boleh menjadikan anda seorang pakar statistik  tanpa memerlukan masa yang panjang. Selain itu, sebuah buku Matematik tidak boleh dikatakan lengkap sekiranya latihan-latihan tidak disediakan untuk para pembaca. Atas sebab ini, latihan-latihan berserta jawapan telah disediakan dalam buku ini dan anda boleh belajar sambil membuat latihan tentang apa-apa yang telah dipelajari.

Ikutlah jejak Encik Yamamoto yang sabar semasa beliau mengajar Rui cara untuk:

- Menghintung min, median, dan sisihan piawai bagi skor boling.

- Menggrafkan harga mi ramen pada histogram

- Menentukan kebarangkalian memperoleh 'A' dalam ujian Matematik.

- Menghitung pekali Cramer untuk menentukan skor piawai digunakan untuk melaraskan keputusan ujian apabila seorang guru melakukan "penggredan pada keluk"

Selain itu, contoh-contoh kehidupan seharian akan memudahkan anda memahami apa-apa yang biasanya sukar dikuasai.

Sekiranya anda ingin belajar tentang statistik tetapi berasa subjek ini sangat susah untuk difahami, biarlah Encik Yamamoto dan Rui menjadi pembimbing anda.

Book 3: ELEKTRIK

ISBN: 9789830055497

Rereko ialah murid perempuan sekolah menengah yang sederhana tahap kecerdasannya, berasal dari Elektopia, iaitu sebuah dunia elektrik tetapi beliau telah gagal sama sekali dalam subjek elektrik pada peperiksaan akhirnya! Sekarang beliau perlu pergi ke sekolah pada musim panas di Bumi. Kali ini, beliau perlu lulus. Mujurlah tutornya Hikaru seorang yang penyabar sentiasa berada di sampingnya untuk membantu. Mari bersama mereka dalam "THE MANGA GUIDE ELEKTRIK", semasa Rereko mengkaji peralatan elektrik harian seperti lampu suluh, pemanas dan pemutus litar, serta mempelajari makna konsep-konsep abstrak seperti voltan, keupayaan, arus, rintangan, kekonduksian, dan daya elektrostatik.

Contoh-contoh dalam kehidupan seharian yang dapat anda pelajari dalam "THE MANGA GUIDE ELEKTRIK" adalah seperti:

- Apakah elektrik, bagaimana elektrik berfungsi, bagaimana elektrik dicipta dan bagaimanakah elektrik boleh digunakan?

- Hubungan antara voltan, arus dan rintangan (Hukum Ohm)

- Konsep-konsep elektrik seperti induktans dan kapasitans 

- Bagaimanakah komponen kompleks seperti transformer, semi konduktor, diod, dan transistor berfungsi?

- Bagaimanakah elektrik menghasilkan haba dan hubungan antara arus dengan medan elektrik?

- Dan banyak lagi!

Jika elektrik sangat menguja pemikiran anda, biarkan "THE MANGA GUIDE ELEKTRIK" mengajar anda tentang semua perkara berkaitan elektrik dengan cara yang menyeronokkan.

Book 4: KALKULUS

ISBN: 9789830055503 

Noriko memulakan kerjaya sebagai seorang wartawan di Asagake Times. Dia ingin memulis tentang isu-isu yang hangat seperti hal ehwal politik dunia. Namun begitu, adakah Noriko memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk menghasilkan penulisannya? Bersyukurlah kerana bos Noriko yang bijaksana dan berjiwa matematik ada di sini untuk mengajar Noriko supaya dapat menganalisis segala peristiwa melalui perspektif matematik.

Dalam "THE MANGA GUIDE KALKULUS", anda akan belajar kalkulus bersama-sama dengan Noriko. Kalkulus bukanlah suatu subjek khas untuk pelajar yang ingin mengambil major dalam bidang Sains sahaja. Anda akan dapat melihat bahawa kalkulus merupakan suatu alat yang berguna untuk kita memahami corak dalam bidang fizik, ekonomi dan dunia di sekeliling kita melalui contoh dunia sebenar seperti kebarangkalian, keluk permintaan dan penawaran dan ekonomi pencemaran.

Encik Seki mengajar Noriko cara: 

- Menggunakan pembezaan untuk memahami kadar perubahan fungsi.

- Mengaplikasikan teorem asas kalkulus dan menguasai hubungan antara terbitan fungsi dan kamirannya.

- Mengamir dan membezakan fungsi trigonometri serta fungsi-fungsi lain yang rumit

- Menggunakan kalkulus berbilang pembolehubah dan pembezaan separa untuk menangani fungsi yang rumit.

- Menggunakan kembangan Taylor untuk meniru fungsi yang rumit dengan polinomial.

Tidak kiralah sama ada anda sedang berusaha untuk menguasai kalkulus atau memerlukan ulang kaji, semua ini terdapat dalam buku "THE MANGA GUIDE KALKULUS".

Book 5: BIOLOGI MOLEKUL 

ISBN: 9789830055510

Rin dan Ami selalu ponteng kelas Biologi Molekul, dan Profesor Moro sudah tidak tahan dengan perangai mereka - beliau mengarahkan mereka menghadiri pengajian musim panas yang terletak di pulau persendirian milik beliau. Tetapi pelajaran mereka unik. Mereka boleh melihat dengan lebih dekat dunia biologi molekul yang mempersonakan dengan menjelajah ke dalam tubuh manusia menggunakan mesin realiti maya kepunyaan Dr Moro.

Sertai mereka dalam "THE MANGA GUIDE BIOLOGI MOLEKUL" dan mempelajari semua perkara tentang DNA, RNA, protein, asid amino, dan banyak lagi. Di samping itu, anda akan melihat tindak balas kimia dan menemui watak-watak yang menghiburkan seperti orang enzim dan drinzilla yang menunjukkan cara hati menghasilkan alkohol melalui proses metabolisme.

Bersama-sama Ami dan Rin, anda akan mempelajari tentang:

- Organel dan protein di dalam sel dan cara bahan-bahan ini menyokong fungsi sel.

- Proses-proses transkripsi dan penterjemahan serta peranan gen anda dalam sintesis protein.

- Apa yang membina kod genetik seperti nukleotida, kodon, intron dan ekson.

- Proses-proses replikasi DNA, mitosis dan sitokinesis.

- Teknologi genetik seperti transduksi dan pengklonan, dan peranan biologi molekul dalam bidang perubatan.

Sama ada anda ingin mendalami bidang Biologi Molekul atau berminat dengan sains kehidupan  "THE MANGA GUIDE BIOLOGI MOLEKUL" merupakan pengenalan yang seronok dan unik serta berinformatif.

Book 6: PANGKALAN DATA

ISBN: 9789830055527

Puteri Ruruna dan Coin menghadapi satu masalah: empayar buah-buahan mereka berselerak dengan data yang terduplikasi dan mengelirukan. Apa yang harus dilakukkan oleh mereka? Sudah tentu, penyelesaiannya adalah dengan membina satu pangkalan data hubungan dengan bantuan daripada Tico, pari-pari pangkalan data yang memiliki kuasa magik. Belajar bersama-sama buku ini "THE MANGA GUIDE PANGKALAN DATA" apabila Puteri Ruruna dan Coin ditunjukkan cara membina satu pangkalan data untuk mengurus jualan, perdagangan dan eksport negara mereka. Anda akan melihat penggunaan pangkalan data dan maksud istilah-istilah seperti skema, kunci, penormalan, dan urus niaga.

Bersama-sama dengan Ruruna dan Coin anda akan belajar cara:

- Mengeluarkan data daripada pangkalan data hubungan dengan menggunakan operasi set dan hubungan.

- Menggunakan model E-R (entity-relationship) untuk mewakili data dengan tepat.

- Mengawal keizinan pengguna dan menggunakan kunci untuk mengelak data terduplikasi

- Menggunakkan SQL untuk mengemaskini atau mendapat semula data dan seterusnya membina laporan.

Anda juga mempunyai peluang untuk belajar asas pengindeksan, keselamatan, pemulihan bencana, replikasi dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda berasa pening kepala apabila mendengar perkataan "pangkalan data" atau berasa keliru dengan pengendalian angka-angka dan data ikutlah jejak langkah Ruruna dan Coin untuk belajar semua ilmu pengetahuan yang terkandung dalam buku "THE MANGA GUIDE PANGKALAN DATA".

Book 7: BIOKIMIA

ISBN: 9789830056401

Kumi amat gemar makan, tapi dia bimbang akan keghairahannya pada makanan yang tidak berkhasiat memberikan kesan terhadap kesihatannya. Dia bertekad untuk mendedahkan rahsia-rahsia berdiet. Untuk itu, Kumi mendapatkan bantuan rakannya yang pintar, Nemoto dan Profesor Biokimia Nemoto yang jelita, Dr. Kurosaka. Maka, Pengembaraan ini pun bermula...

Ikutlah "THE MANGA GUIDE BIOKIMIA" bersama-sama dengan Kumi yang menelusuri misteri-misteri bahagian dalam badannya bekerja. Dengan bantuan Robocat, robot endoskopik Profesor yang mesra, anda akan kagum dengan mekanisme kimia yang membolehkan kita hidup dan melihat dengan lebih dekat biopolimer-biopolimer seperti DNA dan protine-protine, proses-proses metabolisme yang menukarkan makanan kita kepada tenaga, seperti enzim-enzim yang memangkinkan tindak-tindak balas kimia dalam badan kita.

Dengan mendalami pemahaman mengenai sel-sel tumbuhan dan haiwan, anda akan mempelajari perkara berikut:

- Metabolisme bahan seperti karbohidrat, lipid, protein dan alkohol.

- Cara penjana tenaga yang dikenali sebagai mitokondria menghasilkan ATP.

- Transkripsi DNA dan jenis-jenis RNA yang berbeza yang bekerjasama menterjemah kod genetik di dalam protein.

- Cara kinetik enzim diukur dan bagaimana perencatan enzim berlaku.

Sama ada anda seorang ahli sains amatur, pelajar perubatan, atau hanya ingin tahu akan perihal bagaimana badan anda menukar kek-kek cawan menjadi tenaga, "THE MANGA GUIDE BIOKIMIA"  merupakan kunci anda untuk memahami sains kehidupan.

Book 8: ALAM SEMESTA 

ISBN: 9789830056418

Terokailah sistem suria kita, Bima Sakti dan Galaksi yang sangat jauh, bersama-sama dengan wirawati berani anda, Gloria, Kanna, dan Yamane, dalam The Manga Guide Alam Semesta. Bersama-sama mereka, anda akan meneroka misteri terhebat di Alam Semesta:  Jirim Gelap, Pengembangan  Kosmik, dan Letupan Besar itu sendiri.

Jika anda melihat ke langit pada waktu malam, anda akan belajar semua tentang Astrofizik dan Astronomi Moden, serta penemuan klasik dan teori pembinaannya. Anda juga akan belajar tentang sebab-sebab sesetengah saintis mempercayai bahawa mencari kehidupan di ruang angkasa tidak dapat dielakkan!

Anda juga akan mempelajari:

- Teori tentang asal Alam Semesta, Evolusi, dan Geometri

- Cara-cara untuk mengukur dan memerhati cakerawala dan cara-cara ahli-ahli Astronomi mengira jarak di angkasa.

- Penemuan-penemuan oleh copernicus, Galileo, Kepler, Hubble dan Ahli Astronomi yang lain.

- Cara suhu bintang, saiz dan magnitud adalah berkaitan.

- Misteri radiasi latar belakang kosmik dan ramalan yang menarik oleh Saintis untuk masa depan alam semesta.

Oleh itu, pakailah baju penerbangan anda dan sertailah penjelajahan yang hebat merentasi kosmo dalam The Manga Guide Alam Semesta.

Book 9: RELATIVITI

ISBN: 9789830056425

Segala-galanya menjadi kelam kabut di Akademi Takai apabila pengetua yang gila memaksa seluruh Kelas Minagi untuk mempelajari Teori Relativiti Einstein semasa cuti sekolah musim panas. Minagi telah mewakili rakan-rakan sekelasnya secara sukarela. Ada satu saja masalahnya: Dia sendiri sebelum ini tidak pernah mendengar tentang Relativiti! walau bagaimanapun Minagi bernasib baik kerana Cik Uraga seorang yang berani sedia untuk mengajarnya.

Ikuti "THE MANGA GUIDE RELATIVITI" bersama-sama Minagi untuk mempelajari tentang hukum-hukum bukan Intuitif yang membentuk alama semesta kita. Tanpa anda sedar, anda akan menguasai konsep-konsep yang sukar seperti rujukan rangka-rangka inersia atau kesatuan ruang-masa, dan prinsip kesetaraan. Anda juga akan melihat cara-cara Relativiti mempengaruhi Astronomi Moden dan mengetahui sebab-sebab sistem-sistem GPS dan lain-lain Teknologi Harian bergantung pada penemuan Einstein yang menakjubkan.

"THE MANGA GUIDE RELATIVITI" juga mengajar anda cara-cara untuk:

- Memahami dan menggunakan E= MC2, persaman yang paling tekenal.

- Mengira kesan-kesan pemanjangan masa menggunakan Teorem Pythagoras

- Memahami Eksprimen-eksprimen tentang pemikiran- pemikiran klasik seperti Paradoks Kembar serta melihat cara-cara panjang menyusut dan jisim meningkat pada kelajuan-kelajuan Relativiti.

- Memperoleh kefahaman tentang asas-asas kepada teori-teori Relativiti khusus dan umum Einstein.

Jika ida mengenai ruang dan masa yang boleh meleding benar-benar memesongkan fikiran anda, "THE MANGA GUIDE RELATIVITI" akan dapat membetulkannya semula.

Book 10: ALGEBRA LINEAR

ISBN: 9789830070995

Reiji mahukan dua perkara dalam hidupnya: tali pinggang hitam dalam karate dan Misa, gadis impiannya. Secara kebetulan, abang kepada Misa merupakan kapten bagi Kelab Karate di universitinya dan bersedia untuk membuat  perjanjian dengannya: Reji boleh menyertai kelab tersebut sekiranya dia mengajar Misa tentang algebra liner.

Dalam "THE MANGA GUIDE ALGEBRA LINER", ikuti Reji yang membawa Misa daripada asas-asas subjek yang sukar ini melalui operasi rumit seperti menjalankan trasformasi liner, mengira penentu, dan mencari vektor eigen dan nilai eigen. Dengan contoh-contoh mudah diingati seperti permainan mini golf dan pertandingan karate, Reiji menukarkan konsep yang abstrak ke sesuatu yang konkrit, mudah difahami dan menyeronokkan.

Sambil mengikuti Misa dalam pembelajarannya tentang algebra liner, kamu akan mempelajari:

- Operasi vektor dan matriks yang asa seperti penambahan, penolakkan dan pendaraban.

- Kebersandaran liner, ketakbersandaran liner dan asas-asas.

- Menggunakan Penghapuan Gauss untuk mengira matrik songsang.

- Subruang, deminsi dan rentangan liner.

- Apalikasi praktikal algebra liner dalam bidang seperti grafik komputer, kriptografi, dan kejuruteraan.

Matematik sebenar, percintaan yang sebenar, dan aksi sebenar- semuanya bertembung dengan hebat dalam "THE MANGA GUIDE ALGEBRA LINER".