CERITA HANTU (15T)

CERITA HANTU (15T)

  • RM0.00

BUKU 1: KISAH SEKOLAH BERHANTU 2 BISIKAN MISTERI 

ISBN: 9789673504831

  • Dunia Ngeri yang Meremangkan Bulu Roma 
  • Patung yang boleh menyumpah, Main sorok-sorok, Ramalan dahsyat, Tangkal Azimat, Sesat Barat, Saya kelaparan, Biskut Syaitan.

BUKU 2: CERITA HANTU THAILAND 4: PENUNGGU HARTA DI THAILAND 

ISBN: 9789673506590

Kenali legenda-legenda tentang harta karun serta lokasinya diserata tempat termasuklah kisah-kisah hantu pada zaman kuno.

  • Kisah-kisah hantu klasik: Hari Sabtu, Terracotta di Bawah Tanah, Gua Raja Ular Sawa dan sebagainya.
  • Mitos penunggu harta karun: Pu Som Fao Sap, Patung Sihir, Pak Zeng dan sebagainya.
  • Kisah-kisah hantu: penjelajahan di Pulau Terpencil, Balang Emas, Tapak Kaki Sphinx Agung Giza dan sebagainya.
  • Jenis-jenis kepercayaan Thailand: Legenda Mae Sue, Mantera Harta Karun dan sebagainya.

BUKU 3: CERITA HANTU THAILAND 3: KELAS BERHANTU DI THAILAND 

ISBN: 9789673506378

Alamilah kisah seram dan menakutkan dari sekolah Thai yang diceritakan sejak dahulu

  • Cerita hantu klasik: Papan Hitam Puaka, Lorong Renang Nombor 4 dan sebagainya.
  • Khabar angin tentang sekolah Thai: Model Anatomi Manusia, Terlebih Seorang dan sebagainya.
  • Cerita hantu yang dahsyat: Bilik Tandas Berhantu, Cikgu Walapa dan sebagainya.
  • Legenda misteri tentang sekolah Thai: Budak Perempuan yang memakai Skirt Merah, Kolam renang sekolah dan sebagainya.
  • Terdapat banyak lagi kisah yang mendebarkan dan melemahkan semangat sehingga membuatkan bulu roma anda meremang.

BUKU 4: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA: CERITA HANT THAILAND 2

ISBN: 9789673506088

Alamilah kisah seram dan menakutkan dari Negara Thai melalui cerita hantu dan misteri yang diceritakan sejak dahulu.

  • Cerita yang penuh misteri seperti legenda Mae Nak Phra Khanong, legenda penanggal dan gadis yang berpakaian hitam di Wat Samian Nari.
  • Mitos-mitos kewujudan hantu di Thailand seperti Suer Saming, Krahang, Hantu Pop, Kway Thanu dan Kuman Thong. 
  • Kisah seram yang mendebarkan seperti pesakit di wad kecemasan, hari tubuh hanyut dan malan yang menakutkan.
  • Ketahui juga akan pantang larang masyarakat Thailand seperti jangan menyahut apabila nama dipanggil pada waktu malam dan dilarang memakai pakaian hitam semasa menziarahi orang sakit.

Terdapat banyak lagi kisah yang mendebarkan dan melemahkan semangat sehingga membuatkan bulu roma anda merenang.

BUKU 5: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA: CERITA HANTU THAILAND 1 

ISBN: 9789673505890

Menerokai kisah-kisah seram dari pelbagai wilayah dan peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku di Thailand.

  • Kejadian seram termasuk patung misteri, gerhana bulan darah dan bayi menebus dosa.
  • Legenda-legenda tentang hantu seperti Kang Pon, Phi Ta Khon, Phi Phong dan Mae Tau Fai.
  • Tempat-tempat berhantu misalnya Ladda Land dan Wat Don.
  • Upacara-upacara keagamaan iaitu Hari Songkran, Chun Kru dan Hae Nang Maew. 

Bacalah selanjutnya, penuh seram dan mendebarkan.

BUKU 6: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA 01: UNITED KINGDOM 

ISBN: 9789673503209

Kasut Tumit Tinggi Merah: Susuan memakai kasut tumit tinggo merah yag dikutip dari jambatan dan menarik perhatian semua orang. Namun, Susan merasakan dirinya seperti memakai kasut yang sangat berat. Pada suatu hari, Susan terlihat sesuau yang dahsyat pada kakinya!

Potret: Seorang tua melukiskan Sharon sebuah potret. Sharon mendapati dirinya menjadi semakin kurus, potretnya pula menjadi semakin berseri.......

Merealisasikan Impian Anda: Kononnya, impian anda akan menjadi kenyataan jika mendail nombor telefon tertentu. Namun, jangan buat panggilan selepas tengah malam, kalau tidak... Dengan tidak sengaja, Rebecca membuat panggilan selepas tengah malam, suara dari gagang telefon mendekatinya selangkah demi selangkah... 

BUKU 7: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA 02: JEPUN 

ISBN: 9789673503575

Lawatan Setan Ketika Tidur: Ryuichi terjaga pada pukul 2:00 pagi setiap hari keranan diganggu oleh setan. Rakannya, Susumu menghadiahinya Baku dan seungkap mantera. Malam itu,Ryuichi terjaga lagi. Apabila dia membaca mantera itu....

Rumah Hantu: Takeshi menyahut cabaran rakannya untuk melawat ke sebuah rumah hantu kerana tidak mahu ditertawakan sebagai pengecut. Mereka masuk ke 'Bilik Cerita Ishihara' dan seorang wanita yang menyeramkan mula bercerita...

Menhafal! Sifir Darab: Ikiru yang selalu gagal menhafal sifir darab dikunci oleh cikgunya, Sawada sebagai hukuman. Cikgu Sawada terlena an apabila terjaga, dia mendapati Ikiru telah mati. Setahun kemudian, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Cikgu Sawada diekori seseorang....

BUKU 8: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA 03: AMERIKA SYARIKAT 

ISBN: 9789673503643

Ramalan Nasib: Walaupun tidak mempercayai perkara khurafat, Peter terpaksa berjumpa dengan seorang penilik nasib atas desakan teman wanitanya. Bagi menguji penilik nasib itu, dia berbohong tetapi terkejut apabila diramalkan dia....

Anak Patung Terbiar: Julie membuang anak patungnya yang lama kerana ibu berjanji membelikannya sebuah anak patung yang baharu. Namun 20 tahun kemudian, anak patung itu kembali untuk membalas dendam....

Hantu di Perpustakaan: Tiga orang sahabat baik pergi ke perpustakaan pada waktu malam untuk mengesahkan kewujudan hantu di situ. Kononya, mereka akan selamat jika dibalut dengan kain sutera putih. Namun...

BUKU 9: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA 04: CHINA 

ISBN: 9789673503759

Gula-gula: Dua orang rakan pergi ke pasar hantu dan membeli gula-gula yang dapat memanggil hantu. Kononnya, makan sebji gula-gula itu boleh nampak hantu, makan dua biji boleh mendengar hantu bercakap, makan tiga biji boleh bercakap dengan hantu, makan semua pula...

Surat bertuah: Xue En menerima e-mel misteri yang bertajuk 'Surat Bertuah'. Da perlu mengirim e-mel itu kepada empat orang dalam empt hari supaya tidak ditimpa kecelakaan. Namun selepas tempoh tersebut, barulah dia sedar bahawa salah satunya gagal dikirim...

Hantu Lif: Kebelakangan ini terdapat video tentang hantu lif yang tersebar luas di laman web. Kononnya, orang yang diekori hantu lif itu akan mati. Luo Jin diberitahu bahawa hantu itu munvul di pangsapurinya dan mangsa yangg seterusnya ialah...

BUKU 10: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA 05: RUSIA 

ISBN: 9789673503834

Jam Bertuah: Orang Rusia mempercayai bahawa seseorang dianggap bertuah sekiranya ternampak sebuah jam yang menunjukkan 1:11 berhampiran Katedral Santo Basil dan menjadi bertuah sejak hari itu. Namun, adakah itu betul-betul nasib baik ataupun suatu mimpi buruk? 

Misteri Perigi Buta: Dimitri iri hati terhadap Viktor yang digemari oleh pelajar-pelajar perempuan dan merancang untuk mengenakannya. Dia mencabar Viktor untuk pergi ke sebuah perig yang terbiar pada pukul 12:00 tengah malam. Kononnya, seseorang itu akan mat jika tdak nampak bayangnya sendiri...

Suara yang Merdu: Kononnya, seseorang akan mendengar suara yang merdu seperti buluh perindu dengan mendail nombor '666'. Namun, nombor itu tidak boleh didail melebihi dua kali. Brystrov tertarik dengan suara itu lalu mendail untuk kali ketiga, akibatnya......

BUKU 11: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA 06: KOREA 

ISBN: 9789673504176

Perjanjian dengan Hantu Anak Dara: Dalam perjalanan ke kota untuk menduduki peperiksaan awam, seorang pemuda terserempak dengan hantu anak dara yang ingin mengahwininya. Demi menyelamatkan diri, pemuda itu bersetuju dengan janji yang tidak dapat ditarik balik...

Saya berada di Sini: Anak perempuan seorang pegawai ternampak hantu di dalam bilik baharunya. Ayahnya meminta bantuan daripada bomoh. Bomoh itu memintanya agar melekatkan azimat pada pintu bilik untuk menghalang hantu masuk, namun... 

Gadis di Pusat Memancing Ikan: Encik Park terhadap ketika memancing. Apabila terjaga, dia ternampak seorang gadis yang berseorangan. Gadis itu mengadu kesakitan pada bahagian kepala sambil menunjuk ke arah tapak kaki Encik Park...

BUKU 12: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA 07: ASIA 

ISBN: 9789673504473

Janken: Khabar angiin tentang permainan Janken tersebar luas di Internet. Seorang budak menganggap semua ini cuma satu penipuan sehinggalah dipujuk oleh rakannya. Dengan perasaan ragu-ragu, dia berdiri di depan cermin dan menyedari kebenaran yang dahsyat,..

Pemain Syaitan: Woo Men mendapat sekeping cakera padat permainan komputer secara percuma. Dalam permainan itu dia menyamar sebagai syaitan dan menangkap satu-satunya budak yang masih bersembunyi. Namun apabila hampir berjaya, Woo Mee mendapati budak itu...

Lif Berhantu: Encik Tan telah menyewa sebuah pejabat di tingkat 19. Namun dia mendapati lif di situ selalu lambat. Pada suatu hari, dia terserempak dengan seorang gadis. Gadis itu memberitahunya bahawa lif itu bergerak perlahan kerana dipenuhi roh hantu. 

BUKU 13: KOLEKSII CERTA HANTU DUNIA 08: EROPAH 

ISBN: 9789673504787

Doppelganger: Doppelganger ialah syaitan yang menyerupai wajah kita. Khabarnya sesiapa yang terserempak Donppelganger sendiri pasti akan mati. Philip amat takut kerana ternampak Doppelganger sendiri lalu bersembunyi di rumah kawannya, Emil. Namun, Doppelganger itu telah muncul di depan pintu rumah Emil!

Wajah Sebenar Pembunuh: Kes pembunuhan bersiri telah berlaku di Union Street, tetapi pihak polis gagal menangani kes itu. Detektif Harrison menjangka bahawa mangsa yang seterusnya ialah Fiona lalu bersembunyi d rumahnya, Tiba waktu tengah malam, bayang pwmbunuh semakin mendekati mangsanya....

Lif Berhantu: Diego ialah permain elit Sepanyol. Dia memakai kasut yang usang setiap kali bertanding. Sebenarnya, kasut itu milik viktor, seorang bintang bola sepak yang sudah meninggal dunia. Diego telah berjanji untuk menunaikan hajat roh Victor tetapi memungkiri janji. Akhirnya...

BUKU 14: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA 09: AMERIKA/ AFRIKA 

ISBN: 9789673505029

Tekan Syaitan: Air terjun Iguazu juga dikenali sebagai Tekak Syaitan. Kononnya sesiapa yang merenung air terjun ini lama-lama akan terdengar panggilan syaitan lalu terjun ke bawah tanpa disedari. Pada waktu malam, Omar telah menuju ke arah air terjun seorang diri...

Hantu di dalam Perpustakaan: Khabarnya terdapat sebuah buku larangan di Perpustakaan University Botswana. Jika seseorang terbaca buku itu, rohnya akan terkurung buat selama-lamanya. Ryan terjumpa sebuah buku dan mendapati dirinya dapat memahami tulisan yang ganjil itu. Jangan-jangan buku itu....

Makam Firaun: Hassan tidak percaya akan sumpahan Tutankhamun. Bagi dia, itu cuma khabar angin untuk menakutkan pencerobok makam firaun. Apabila Makam Firaun Tutankhamun berjaya ditemui, Hassan terus masuk ke dalam makam itu. Namun, apabila malam menjelang....

BUKU 15: KOLEKSI CERITA HANTU DUNIA 10: GLOBAL

ISBN: 9789673505586

Komik Seram: Seseorang mangsa telah mati dilanggar oleh kereta yang dijual oleh dirinya setahun yang lalu. Ynag anehnya, kes ini serupa dengan karya komik Takeda. Takeda ingin menghentikan penerbitan komik bersirinya tetapi ditolak oleh ketua editor. Sebenarnya, apa yang dikhuatiri Takeda ialah...

Patung yang disumpah: Shirley suka mengumpul anak patung. Suatu hari, dia telah membeli sebuah anak patung yang mirip dengannya. Bagi rakan-rakan Shirley, anak patung itu seolah-olah bernyawa tetap dia tidak bersetuju. Entah-entah sesuatu yang dahsyat bakal menimpanya....

Cermin Puaka: Raphael mendapati rumahnya bersepah-sepah apabila pulang dari sekolah. Tiba-tiba, dia ditarik oleh emaknya ke dalam bilik air.Percakapan dan tingkah laku emak Raphael amat palik dan mencurigakan. Siapakah orang yang berdiri di hadapannya ini? Namun, apabila dia melihat cermin.....