Undang-undang Melaka

Undang-undang Melaka

  • Brands: Alpha
  • Product Code: 9839510061X
  • Availability: In Stock
  • RM0.00

Halaman permulaan naskhah Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut versi Biblioteca Apostolica Vaticana (VAT.IND.IV) yang digunakan sebagai dasar (Naskhah V) dalam kajian ini. Pengkaji hanya menemui naskhah ini pada tahun 1984, dan mendapati ia naskhah yang tertua setakat ini (selesai disalin pada 1066 H dan 1087 H=1656M dan 1676 M). Teks Undang-undang Melaka dalam naskhah ini tidak pernah dicatatkan dalam mana-mana katalog naskhah Melayu sebelum ini kerana teks tersebut diletakkan pada bahagian kedua (hlm. 30-80), iaitu selepas teks Undang-undang Laut (hlm. 1-29). Naskhah ini tersimpan di perpustakaan Apostolic Vatican, Vatican City ,Rom,Itali.